30 Jun 2010

Jenis Data Kajian

Menurut Idris Awang dalam bukunya Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam (2009: 68) terdapat sekurang-kurangnya dua kategori data, iaitudata kuantitatif, dan data kualitatif, sebagaimana keterangan di bawah.
  • Data kuantitatif ialah data dalam bentuk angka yang diperoleh daripada sampel kajian. Angka itu dalam bentuk bilangan, kekerapan, pecahan atau peratus. Semua angka itu adalah hasil rumusan terhadap soalselidik / maklum balas sampel, atau hasil daripada catatan pemerhatian oleh pengkaji. 
  • Data kualitatif, iaitu data-data dalam bentuk maklumat dari sumber-sumber rujukan. Bentuk datanya adalah sama ada berbentuk angka, fakta, keterangan, statistik, dan sebagainya. Walaupun dalam bentuk nombor / angka, data itu tidak dinamakan Data Kuantitatf kerana angka itu bukan hasil daripada rumusan data soal selidik dan pemerhatian. Maksudnya, tidak melibatkan penghitungan, tetapi angka itu telah dikeluarkan oleh pihak tertentu. Misalnya, statistik kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh PDRM. Data Kualitatif boleh diperoleh daripada buku, jurnal, majalah, dokumen-dokumen, artifak, peta, carta, jadual, gambar, temu bual dan sebagainya.

Penulisan Tinjauan Literatur

Harus mempunyai / menyentuh tentang (setidak-tidaknya) aspek di bawah
  1. Nama pengkaji / penulis
  2. Tajuk kajian / tajuk tulisan / buku
  3. Jika tesis -- nyatakan peringkat, jabatan dan u
  4. Sasaran kajian,
  5. Tahun kajian
  6. Kesimpulan Hasil kajian
laporan ditulis berdasarkan urutan tahun

Kajian HBEF4303 Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Berikut dinyatakan cadangan subtajuk yang sesuai dalam laporan kajian anda. Boleh digunapakai oleh pelajar OUM dan PISMP

Muka Surat Tajuk

Pengakuan
Penghargaan
Abstrak
Isi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah

BAB 1 PENGENALAN
  1. Penyataan Masalah Kajian
  2. Soalan Penyelidikan atau Kajian
  3. Hipotesis Kajian 
  4. Objektif Penyelidikan atau Kajian
  5. Batasan Penyelidikan atau Kajian

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
  1. Tesis / Desertasi
  2. Buku dan Kertas Kerja Seminar
  3. Majalah atau Akhbar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
  1. Rekabentuk Penyelidikan Kajian
  2. Populasi atau Sampel
  3. Instrumen Kajian
  4. Kajian Rintis
  5. Prosedur Pengumpulan Data
  6. Cara Penganalisisan Data

BAB 4 ANALISIS DATA
  1. Profil Responden
  2. Laporan Dapatan Kajian

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
  1. Rumusan Hasil Kajaian
  2. Perbincangan / Analisis Dapatan Kajian
  3. Implikasi Dapatan Kajian
  4. Cadangan Kajian Lanjutan

Rujukan
Lampiran

Beberapa subtajuk boleh dibuang atau ditambah. Sila berbincang dengan penyelia masing-masing.

24 Jun 2010

KOMUNIKASI KHALAYAK: Teknik Penyampaian Mesej Berkesan

MEMBUAT PERSIAPAN TAJUK
  • Memahami tajuk / topik yang akan disampaikan
  • Menggunakan bahasa yang mudah difahami
  • Memberi contoh-contoh yang berkaitan
  • Setiap isi mempunyai pertalian
  • Dihuraikan fakta / isi dengan jelas
  • Menggunakan alat bantu seperti gambar, carta, jadual dan sebagainya
  • Mengemukakan pendapat tokoh / sumber rujukan beroutoriti

23 Jun 2010

Laras Sastera

Pengenalan

Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera.

Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).