09 April 2010

Penyelidikan Tindakan



Penyelidikan tindakan (PT) merupakan satu usaha guru mengkaji, meneliti dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam p – p. Yang berikut ialah masalah yang boleh dikaji dan prosedur menjalankan penyelidikan tindakan:

(a) Masalah yang boleh dikaji:
o        Kesalahan ejaan
o        Kesalahan dalam pembentukan kata
o        Kesalahan dalam ayat
o        Hukum penggandaan
o        Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
o        Penguasaan dalam penulisan karangan
o        Keberkesanan aktiviti dan corak pengelolaan kelas
o        Motivasi murid
o        Persepsi ibu bapa terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, dan  perkara lain yang berkaitan dengan pembelajaran murid.


(b) Empat langkah untuk menjalankan penyelidikan tindakan. 
  1. Peringkat membuat tinjauan
  2. Peringkat membuat perancangan
  3. Peringkat melaksanakan perancangan
  4. Peringkat membuat analisis dan renungan 





    (a)   Peringkat Tinjauan (Reconnaissance)
    Proses penyelidikan tindakan bermula di peringkat ini.  Pada peringkat ini, kita akan mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Kita perlu mengenal pasti isu-isu dan idea-idea berkaitan dengan tumpuan tema (thematic concern).  Pada peringkat ini juga,  dibuat andaian dalam mengenal pasti tumpuan tema. Temalah yang menjadi asas dalam sesuatu proses penyelidikan. Sebab itu, kita perlu memastikan  tumpuan tema jelas; khusus, konkrit dan praktikal.

    Pada peringkat ini, sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya kita sudah membuat refleksi secara spontan terhadap masalah yang sedang berlaku. Perbuatan ini dinamakan `Reflection in Action’  (sedang berlaku).

    Contoh masalah: Murid tidak boleh bercerita dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul, menyebabkan perceritaan mereka tersekat-sekat. Kelemahan ini mungkin disebabkan murid tidak dapat membuat perkaitan jalan cerita dan kurang kosa kata.

    (b) Peringkat Perancangan
    Apabila kita sudah mengetahui masalah dan punca kelemahan pembelajaran yang dihadapi oleh murid, kita perlulah merancang aktiviti alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.

    Cadangan yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah
    Kita perlu menyediakan gambar- gambar bersiri yang berkaitan dengan cerita tersebut untuk memberi gambaran yang jelas jalan cerita tersebut supaya murid yakin untuk bercerita. Di samping itu juga, kita perlu menyediakan perkataan-perkataan (dalam bentuk kad-kad perkataan) yang menepati gambar-gambar bersiri tersebut untuk menjadi panduan kepada murid semasa bercerita.

    (c)  Peringkat tindakan dan pemerhatian (Pelaksanaan)
    Peringkat tindakan dan pemerhatian ialah peringkat kita melaksanakan aktiviti alternatif yang telah dirancang  berdasarkan masalah yang dihadapi. Semasa melaksanakan aktiviti tersebut, kita perlukan membuat pemerhatian dan jika perlu membuat catatan untuk dijadikan data apabila kita membuat analisis di peringkat renungan. Umpamanya kita boleh menggunakan Borang Senarai Semak dan lain-lain. Kita boleh menentukan tempoh masa untuk menjalankan sesuatu tindakan dan pemerhatian ini bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.

    Proses pelaksanaan
    Semasa aktiviti dijalankan, kita perlu memerhati sama ada gambar-gambar bersiri dan perkataan-perkataan yang telah kita sediakan,  dapatatau tidak membantu murid untuk bercerita. Kita akan mencatat berapa orang murid kita yang boleh bercerita, apakah halangan-halangan yang masih mengganggu semasa murid bercerita dan lain-lain.

    (d)  Peringkat renungan
     Peringkat renungan adalah peringkat kita membuat analisis dapatan yang sudah kita peroleh dalam langkah tindakan dan pemerhatian. Matlamat kita di sini ialah membuat rumusan keberkesanan / percapaian aktiviti yang telah dirancang. Pada peringkat ini,  kita sepatutnya sudah boleh membuat keputusan dan apa-apa yang akan kita lakukan selepas itu (tindakan susulan). Proses ini kita panggil proses refleksi pusingan pertama.

    Hasil renungan: Sekiranya kita dapati strategi yang kita gunakan itu berkesan, maka bolehlah kita teruskan cara tersebut untuk aktiviti bercerita. Sekiranya, strategi itu masih tidak berkesan kita perlulah memikirkan strategi alternatif yang lain. Sebaliknya, jika hasil renungan  kita mendapati masalah tersebut masih belum dapat diatasi, maka kita perlu membuat tinjauan semula, merancang aktiviti alternatif, melaksana dan membuat renungan kembali. Ini, kita panggil proses refleksi pusingan kedua.

    Andai kata, hasil tindakan dalam proses refleksi yang pertama sudah dapat mengatasi masalah yang dihadapi, maka kita tidak perlu lagi menjalankan proses pusingan kedua.

    Satu perkara yang harus kita sedari, hasil dari renungan yang dibuat sebenarnya kita sudah mendapat `pengetahuan baru’ yang amat berguna untuk dimanfaat dan dikongsi dengan rakan sejawat.




    Contoh masalah dan cara penyelidikan

    Masalah
    Punca Masalah
    Cara Penyelidikan
    Sebutan konsonan dan vokal
    Artikulator dan daerah penyebutan

    Rakaman sebutan konsonan dan vokal
    Kelancaran dalam bacaan




    Tidak dapat menguasai teknik membaca, tidak lancar mengeja, tidak dapat mengenal pasti tempat untuk berhenti sebentar

    Rakaman audio, minta murid mencatat kesusahan yang  mereka hadapi dalam membaca.
    Tidak dapat membentuk huruf dengan betul
    Kordinasi mata dan tangan tidak tepat, mekanisme penulisan masih belum dapat dibentuk.

    Pemerhatian.  Mengenal pasti daerah kelemahan yang dialami oleh murid dalam membentuk huruf .
    Tidak dapat membunyikan perkataan dengan tepat
    Pengaruh dialek, alat artikulasi.

    Rakaman audia, kajian kes
    Penulisan karangan
    Mendapatkan idea, pemerengganan, pengolahan idea, kosa kata yang terhad, tidak dapat membina ayat dengan baik.

    Kajian kes, hasil daripada kerja murid, refleksi murid, perbincangan, temu ramah.




    Pengimbuhan
    Tidak dapat menggunakan imbuhan dengan tepat, tidak memahami langsung padanan imbuhan dengan kata dasar, pengaruh bahasa pertama.

    Kajian kes, temu ramah, perbualan, hasil kerja murid, tinjauan terhadap persekitaran murid.
    Ayat
    Ayat tidak mempunyai sama ada subjek atau predikat.

    Perbualan, kajian kes.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan