Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera.
Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).
Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.
Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan serta indah.
a) Perbendaharaan Kata / Istilah
Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus. Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut pandangan orang ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya.
Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’ juga lazim digunakan.
Contoh tatabahasa:
Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain sebagainya.
Contoh 2:
Contoh 3:
Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.
Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.
saya merupakan pelajar yang membuat kajian berkaitan dengan laras bahasa sastera. Blog tulisan encik ada kaitan dengan apa yang saya sedang kaji tapi boleh saya tahu tokoh mana yang mengatakan bahasa laras sastera ni terbahagi kepada dua aspek iaitu laras kreatif dan laras bahasa ilmiah yang mengatakan tentang sastera?
BalasPadambole saya tahu saudara buat kajian untuk apa ye?
BalasPadamkajian tentang laras bahasa sastera dalam novel
BalasPadamboleh saya tahu apa fungsi laras bahasa sastera
BalasPadamSya ingin laras bahasa sastera dalam syair ikan terubuk di buku permata sastera stpm penggal 1..boleh encik jelaskan
BalasPadamsaya pelajar yg ingin mengaji laras bahasa sastera tapi keliru dengan objektif yang hendak dibuat berkaitan dengan tajuk PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG OLEH SULTAN MAHMUD DALAM TEKS SULALATUS SALATIN.
BalasPadamsaya pelajar yang ingin mengkaji laras bahasa sastera , saya ingin mengetahui adakah terdapat pendapat tokoh mengenai laras bahasa sastera ini? saya perlukan jawapan segera :)
BalasPadamtaktahu
Padamboleh saya tahu tokoh mana yang mengatakan bahasa laras sastera ni terbahagi kepada dua aspek iaitu laras kreatif dan laras bahasa ilmiah yang mengatakan tentang sastera? boleh saya tahu? kerana ini dapat membantu saya dalam kajian di semaster 3 stpm saya :)
BalasPadamboleh bagi saya pendapat tokoh berkaitan dengan laras bahasa sastera kerana saya memerlukan pendapat tokoh dalam kajian saya.saya harap anda dapat memberikan respon terhadap ulasan saya secepatnya.terima kasih.
BalasPadamBoleh saya tahu ape faedahnya jika seorang pelajar itu menguasai laras bahasa sastera ni?
BalasPadam