06 Julai 2011

Asal Usul Bangsa Melayu



mohd amizu sulaiman
SITI RAHIFAH BT CHE OTHMAN

Pengenalan
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Asal Usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.


Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperi (a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu; (b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar); (c) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri sungai Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum,contohnya dalam buku Teks Pengajian Malaysia adapun menyatakan ”nenek moyang” orang melayu itu berasal dari Yunnan

Berdasarkan teori ini.dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Orang Negrito
Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada orang Negrito telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta saiz badan yang pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera

Menurut pendapat asmah haji omar sebelum perpindahan penduduk dari asia berlaku,kepuluan melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian di namai sebagai penduduk asli,ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito.orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (sebelum masihi ).mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang.Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini di sebut sebagai zaman Batu pertengahan.Di kedah sebagai contoh,pada tahun 5000 SM,iaitu pada zaman paleolit dan mesolit,telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negerito,Sakai,Semai dan sebagainya


Melayu Proto
Asal yang kedua ialah Melayu-Proto,Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang melayu ini berasal dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto,peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang di kenali sebagai Pinang,Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang

Melayu Deutro
Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini.

Kedatangan orang melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.mereka yang tinggal tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.hidup mereka sebagai petani dan memburu binatang.orang melayu deutro ini telah pandai bermasyarakat,mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama,Agama yang mereka anuti itu ialah animisme.

Keturunannya orang Melayu di MalaysiaDikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini


Teori Nusantara
Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah

1)   Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi
Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara

2)   K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.baginya
Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ” ambilan ”

3)   Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa.penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian

4)   Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )

Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.

Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan Malaka menyebut diri mereka keturunan Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir. Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan berjalannya waktu definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai ditinggalkan.

Definisi Melayu menjadi berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika, tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mulai dianut didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad ke-18, William Marsden menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan bangsa Moor di India dalam artian ketaatannya terhadap agama Islam.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya asal usul bangsa melayu ada tiga kumpulan iaitu orang Negrito,Melayu Proto dan Melayu Deutro, manakala terdapat dua teori iaitu Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)

Rujukan :-

1)   Pra U stpm – Goay Teck Crory dan Choo Say Tee
3)   www.Rujuknota.blogsport.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan