24 Jun 2010

KOMUNIKASI KHALAYAK: Teknik Penyampaian Mesej Berkesan

MEMBUAT PERSIAPAN TAJUK
  • Memahami tajuk / topik yang akan disampaikan
  • Menggunakan bahasa yang mudah difahami
  • Memberi contoh-contoh yang berkaitan
  • Setiap isi mempunyai pertalian
  • Dihuraikan fakta / isi dengan jelas
  • Menggunakan alat bantu seperti gambar, carta, jadual dan sebagainya
  • Mengemukakan pendapat tokoh / sumber rujukan beroutoriti
MEMBUAT PERSIAPAN DIRI
  • Berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan situasi
  • Air muka sentiasa menunjukkan keyakinan dan bersedia
  • Melangkah dengan tenang, dan sopan
  • Sentiasa membuat latihan berucap 
  • Bersedia menggunakan alat bantu
  • Sentiasa muhasabah diri 
  • Tidak cepat panik
    ADAB MENYAMPAIKAN UCAPAN
    • Berselawat sebelum menyampaikan ucapan
    • Mewujudkan suasana mesra dengan khalayak
    • Jangan tergesa-gesa menyampaikan ucapan
    • Memulakan dengan bercerita pendek berkenaan tajuk ceramah
    • Sentiasa memuji khalayak dan selalu senyum
    • Bercakap dengan sopan dan tertib
    • Berdiri dengan yakin
    • Memandang khalayak di hadapan
    • Jangan menghentam khalayak atau mengutuk
    • Layan pertanyaan dengan adil
    • Tegaskan idea utama sebelum berhenti
    • Mohon kemaafan sebelum berhenti
      PETUA KOMUNIKASI BERKESAN
      • ACCURATE (TAPAT) Maklumat yang disampaikan mesti betul, tepat dan boleh dipercayai
      • BRIEF(RINGKAS) Maklumat disampaikan secara padat dan mudah difahami
      • CLEAR (JELAS) Jelas dari segi suara, alat bantu, penjelasan dan ayat
      • DIRECT (LANGSUNG) Berterus-terang dan tidak berbelit
      • EASY (MUDAH) Penyampaian maklumat secara mudah dan tidak mengelirukan
      • FAST (LANCAR) Penyampaian maklumat mesti lancar, tiada sebarang gangguan
      • GOOD TASTE (SEDAP DENGAR) Menggunakan bahasa yang bagus, sopan, ada jenaka dan memuji

      CARA MENINGKATKAN KREDIBILITI SEMASA MENYAMPAIKAN UCAPAN / CERAMAH
      • Bersifat dinamik seperti bertenaga, aktif dan bersungguh-sungguh (minat)
      • Konsisten sepanjang sesi ucapan / ceramah
      • Keramahan seperti bersifat mesra dengan khalayak, anggap khalayak lebih tahu, mohon kerjasama
      • Kejujuran dan bercakap benar
      • Keikhlasan dalam menyampaikan maklumat
      • Memberi penekanan terhadap mesej utama / penting
      • Menjawab soalan-soalan khalayak sebaik mungkin
      • Prihatin terhadap khalayak
      • Kepakaran dalam bidang diperkatakan
      • Punya daya tarikan peribadi seperti cara bercakap, berpakaian, kepetahan berhujah dsb.

        Tiada ulasan:

        Catat Ulasan