09 Februari 2012

BMM 3105 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

TAJUK

1. PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

• Menggunakan web, video, audio, dan imej
• Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
• Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

2. PENGGUNAAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN 
    PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
 
• Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
• Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

12 Januari 2012

Tajuk-Tajuk Kajian Tindakan Pelajar PISMP IPGK Kota Bharu 2010

SENARAI NAMA PROSIDING-PENGAJIAN MELAYU`
BIL.
NAMA
TAJUK
1
ADAM ZAINUFI BIN ELLIYES @ AZMI
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA ‘DARI’ DAN ‘DARIPADA’.
2
AHMAD RAHIMI BIN MD. SAID
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA DEPAN ‘DI’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 BRILLIANT.
3
FIRDAUZ BIN SHARIFF
MARI MENGESAN NILAI MURNI @ MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGESAN NILAI MURNI.
4
KHAIRUDIN BIN RUSLEE
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA KATA NAMA KHAS
5
MOHD HAMIDI BIN MOHD HAMIN
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 CEKAL SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ HASHIM 1.
6
MOHD HAZRI BIN ABD LATIB
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN APITAN DALAM BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN 4.
7
MOHD IMRAN SOFWANI BIN ROHADI
MENGATASI MASALAH PEMBINAANAYAT BERDASARKAN POLA AYAT DASAR BAHASA MELAYU FRASA NAMA DENGAN FRASA SENDI NAMA (FN + FSN).
8
MOHD KHAIRI BIN ARIFFIN
MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN MURID UNTUK MENGUASAI PENGGUNAAN KATA TANYA DALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN 5
9
MOHD NURUL SYUHADA BIN MOHD SAAD
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK.
10
MOHD SYAFIQ BIN SHUHAIMI
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN TANDA BACA DENGAN BETUL  DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 BESTARI.


11

MUHAMMAD ADAM BIN ROSALI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI BUNYI-BUNYI DIFTONG YANG MELIBATKAN MURID TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BEMBAN.
12
MUHAMMAD WIDAD BIN ISHAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MEMBEZAKAN AYAT TANYA TANPA KATA TANYA DENGAN AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA.
13
NAIRUL AQMAL BIN A. RAHMAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID – MURID TAHUN 4 CEMERLANG.
14
NIK ARRAFI BIN MAT
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 TAKWA DI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BEMBAN
15
RAZIMAN BIN DAUD
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5.
16
LILIES SURYANTI BINTI AZEMI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN TIGA CEMERLANG.
17
MUNAUWARAH BINTI SAAMIN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR MENGGUNAKAN KAEDAH LATIH TUBI MENYALIN AYAT.
18
NAZITA A/P LAI SENG
STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KVVK MURID TAHUN 3
19
NORHASLINA BINTI MOHD ILHAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN JENIS CERITA MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA.
20
NURHAZIRAH HANI BINTI SO’OT
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID-MURID TAHUN 2 MENGENAL PASTI HURUF BESAR DALAM AYAT.


21

NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU KATA DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA.
22
NURUL A’IN WAHIDA BINTI ABU BAKAR

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK.
23
SITI SAADIAH BINTI OSMAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID-MURID TAHUN 2 MENGENAL PASTI HURUF BESAR DALAM AYAT.

10 Januari 2012

Masjid Negara

MASJID NEGARA Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia . Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

LOKASI
Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana . Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.

MENINGKATKAN  PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA BESTARI

SITI SAADIAH BINTI OSMAN
(Bekas pelajar PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Ini ringkasan kajian di bawah penyeliaan  Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)


1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid – murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid – murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid – murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid – murid  iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Murid – murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini  dijalankan terhadap murid – murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan.  Saya ingin meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah peperiksaan murid. 


MENINGKATKAN  KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU KATA BAGI MURID TAHUN DUA

NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN
(Bekas mahasiswa PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Bahan ini merupakan ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)

       
1.0  Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain.

  Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks ketika sesi pengajaran. Namun demikian, saya melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika saya menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini.

06 Julai 2011

Asal Usul Bangsa Melayu



mohd amizu sulaiman
SITI RAHIFAH BT CHE OTHMAN

Pengenalan
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Asal Usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

13 April 2011

SUKATAN PM 2312P BAHASA MELAYU 2


A. KEMAHIRAN BERBAHASA

KEMAHIRAN MENDENGAR
v  Konsep Mendengar
v  Proses Mendengar
v  Jenis Mendengar
ü  Mendengar Aktif
ü  Mendengar Pasif

v  Peringkat Kemahiran Mendengar
ü  Peringkat Awal
ü  Peringkat Pertengahan
ü  Peringkat Maju

KEMAHIRAN BERTUTUR
v  Konsep Bertutur
v  Tujuan Bertutur
v  Aspek-Aspek Pertuturan
ü  Sebutan,
ü  Tekanan Suara,
ü  Jeda,
ü  Intonasi,
ü  Tatabahasa,
ü  Kelancaran,
ü  Kefasihan
ü  Laras Bahasa

v  Faktor Mempengaruhi Pertuturan
ü  Umur,
ü  Kecerdasan,
ü  Kesihatan,
ü  Fizikal,
ü  Alam Sekeliling,
ü  Jantina

v  Dwibahasa
v  Peringkat Kemahiran Bertutur
ü  Peringkat Awal
ü  Peringkat Pertengahan
ü  Peringkat Maju

v  Jenis Aktiviti Kemahiran Bertutur
ü  Berbual,
ü  Bercerita,
ü  Berpuisi,
ü  Berbincang,
ü  Berceramah
ü  Berpidato

KEMAHIRAN MEMBACA
v  Konsep Membaca
v  Tujuan Membaca
ü  Proses Membaca
v  Jenis-Jenis Bacaan
ü  Bacaan Mekanis
ü  Bacaan Mentalis
ü  Bacaan Intensif
ü  Bacaan Ekstensif

v  Peringkat Kemahiran Membaca
ü  Peringkat Kesediaan Membaca
ü  Peringkat Prabacaan
ü  Peringkat Membaca Secara Mekanis
ü  Peringkat Membaca dan Memahami
ü  Peringkat Bacaan Intensif
ü  Peringkat Bacaan Ekstensif

v  Peringkat Pemahaman
ü  Peringkat Pemahaman Lateral
ü  Peringkat Pemahaman Interpretasi
ü  Peringkat Pemahaman Inferensi
ü  Peringkat Pemahaman Menilai


KEMAHIRAN MENULIS
v  Konsep Menulis
v  Tujuan Menulis
v  Jenis Kemahiran Menulis
ü  Kemahiran Menulis Secara Mekanis
ü  Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental

v  Peringkat-Peringkat Kemahiran Menulis
ü  Peringkat Pramenulis
ü  Peringkat Mendirikan Asas
ü  Peringkat Pelahiran

v  Kesalahan-Kesalahan Biasa dalam Tulisan

v  Jenis-Jenis Penulisan
ü  Penulisan Terkawal
ü  Penulisan Separa Terkawal
ü  Penulisan Bersepadu
ü  Penulisan Separa Bersepadu
ü  Jenis-Jenis Penulisan
ü  Penulisan Bebas



B. KESUSASTERAAN MELAYU

ü  Pengertian Kesusasteraan Melayu
ü  Konsep Kesusasteraan Melayu

GENRE KESUSASTERAAN
ü  Novel
ü  Cerpen
ü  Sajak
ü  Nazam
ü  Pantun
ü  Syair
ü  Gurindam
ü  Seloka

STRUKTUR KARYA
ü  Plot
ü  Watak dan Perwatakan
ü  Tema dan Persoalan
ü  Latar
ü  Gaya Bahasa
ü  Nilai dan Pengajaran

KRITIK SASTERA
ü  Teori Formalistik
ü  Teori Struktural
ü  Teori Feminis
ü  Teori Sosial

Sumbangan Sastera dalam Pendidikan di Sekolah