06 Julai 2011

Asal Usul Bangsa Melayu



mohd amizu sulaiman
SITI RAHIFAH BT CHE OTHMAN

Pengenalan
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Asal Usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

13 April 2011

SUKATAN PM 2312P BAHASA MELAYU 2


A. KEMAHIRAN BERBAHASA

KEMAHIRAN MENDENGAR
v  Konsep Mendengar
v  Proses Mendengar
v  Jenis Mendengar
ü  Mendengar Aktif
ü  Mendengar Pasif

v  Peringkat Kemahiran Mendengar
ü  Peringkat Awal
ü  Peringkat Pertengahan
ü  Peringkat Maju

KEMAHIRAN BERTUTUR
v  Konsep Bertutur
v  Tujuan Bertutur
v  Aspek-Aspek Pertuturan
ü  Sebutan,
ü  Tekanan Suara,
ü  Jeda,
ü  Intonasi,
ü  Tatabahasa,
ü  Kelancaran,
ü  Kefasihan
ü  Laras Bahasa

v  Faktor Mempengaruhi Pertuturan
ü  Umur,
ü  Kecerdasan,
ü  Kesihatan,
ü  Fizikal,
ü  Alam Sekeliling,
ü  Jantina

v  Dwibahasa
v  Peringkat Kemahiran Bertutur
ü  Peringkat Awal
ü  Peringkat Pertengahan
ü  Peringkat Maju

v  Jenis Aktiviti Kemahiran Bertutur
ü  Berbual,
ü  Bercerita,
ü  Berpuisi,
ü  Berbincang,
ü  Berceramah
ü  Berpidato

KEMAHIRAN MEMBACA
v  Konsep Membaca
v  Tujuan Membaca
ü  Proses Membaca
v  Jenis-Jenis Bacaan
ü  Bacaan Mekanis
ü  Bacaan Mentalis
ü  Bacaan Intensif
ü  Bacaan Ekstensif

v  Peringkat Kemahiran Membaca
ü  Peringkat Kesediaan Membaca
ü  Peringkat Prabacaan
ü  Peringkat Membaca Secara Mekanis
ü  Peringkat Membaca dan Memahami
ü  Peringkat Bacaan Intensif
ü  Peringkat Bacaan Ekstensif

v  Peringkat Pemahaman
ü  Peringkat Pemahaman Lateral
ü  Peringkat Pemahaman Interpretasi
ü  Peringkat Pemahaman Inferensi
ü  Peringkat Pemahaman Menilai


KEMAHIRAN MENULIS
v  Konsep Menulis
v  Tujuan Menulis
v  Jenis Kemahiran Menulis
ü  Kemahiran Menulis Secara Mekanis
ü  Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental

v  Peringkat-Peringkat Kemahiran Menulis
ü  Peringkat Pramenulis
ü  Peringkat Mendirikan Asas
ü  Peringkat Pelahiran

v  Kesalahan-Kesalahan Biasa dalam Tulisan

v  Jenis-Jenis Penulisan
ü  Penulisan Terkawal
ü  Penulisan Separa Terkawal
ü  Penulisan Bersepadu
ü  Penulisan Separa Bersepadu
ü  Jenis-Jenis Penulisan
ü  Penulisan Bebas



B. KESUSASTERAAN MELAYU

ü  Pengertian Kesusasteraan Melayu
ü  Konsep Kesusasteraan Melayu

GENRE KESUSASTERAAN
ü  Novel
ü  Cerpen
ü  Sajak
ü  Nazam
ü  Pantun
ü  Syair
ü  Gurindam
ü  Seloka

STRUKTUR KARYA
ü  Plot
ü  Watak dan Perwatakan
ü  Tema dan Persoalan
ü  Latar
ü  Gaya Bahasa
ü  Nilai dan Pengajaran

KRITIK SASTERA
ü  Teori Formalistik
ü  Teori Struktural
ü  Teori Feminis
ü  Teori Sosial

Sumbangan Sastera dalam Pendidikan di Sekolah

08 Mac 2011

Jenis-Jenis Gaya Bahasa

PENDAHULUAN
Sewaktu kita bercakap, membaca ataupun mendengar, kita tidak akan terlepas daripada mendapati satu bentuk, satu rupa atau satu corak gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang, sama ada ianya dilakukan secara sedar atau tidak. Kebolehan menggunakan gaya bahasa, adalah terletak kepada sejauh mana seseorang itu mahair dan cekap berbahasa. Pada umumnya, para sasterawan dan ahli-ahli bahasa merupakan orang yang cekap atau pandai bergaya bahasa, terutama sekali dalam atau ketika mereka menulis. Sebab ada juga para sasterawan atau ahli bahasa yang tidak pandai begaya bahasa ketika berinteraksi secara lisan.
Orang-orang tua kita dahulu pun sebenarnya memang cekap bahkan mahir sekali dalam menggunakan gaya bahasa, sama ada semamsa mereka menulis apatah lagi ketika bercakap. Ini tebukti daripada hikayat-hikayat, cerita-cerita, dan berbagai jenis puisi, yang begitu banyak atau kaya sekali dengan berbagai-bagai gaya bahasa yang indah. Misalnya, bentuk pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa, simpulan bahasa, kiasan, perumpamaan dan sebagainya. Sebagai contoh, bila orang-orang tua menyebut, “budak itu berhati batu”, ini mereupakan satu jenis gaya bahsa untuk diibaratkan sebagai seorang yang berperangai degil, tolol, tak mendengar kata dan nasihat dan seumpamanya. Gaya bahasa jenis ini dikatakan sebagai “simpulan bahasa”.
Oleh kerana bahasa, seperti juga budaya, iaitu ianya tidak statis, maka ia juga berubah dan berkembang mengikut perkembangan masa atau zaman. Begitulah juga dengan gaya bahasa (yang terkandung dalam bahasa) yang kerap menerima perubahan, tokok tambah, cedok-mencedok terutamanya dalam bidang kesusasteraan. Dalam bidang kesusasteraan, karya puisilah yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa. Justeru itu, tidak menghairankan jika jenis-jenis gaya bahasa dalam Bahasa Malaysia “berbau” atau diambil terus dari istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris atau Barat. Walaubagaimanapun soalan “penyesuaian’ buat masa kini, sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. Apa yang kita pentingkan ialah “penyesuaian” yang dibuat hendaklah kena pada tempatnya dan bukanlah dibuat secara melulu sahaja.
Sesuai digunakan dengan sifat dinamis bahasa, maka keseluruhan istilah yang digunakan dalam buku tipis ini adalah istilah yang boleh dianggap sebagai kemas kini yang lebih mirip kepada cedukan perkataan dab bunyi asing (Barat). Meskipun ianya boleh digantikan dengan istilah lama atau klasik yang pernah digunakan oleh pengarangdahulu, Zaaba misalnya. Misalnya istilah “metafora” (perbandingan terus), “personifikasi” (pertalian atau perhubungan), “euphimisma” (kata-kata halus atau pemanis kata), “ironi” (bahasa terbalik) dan sebagainya. Malah, dalam sesetengah keadaan, penggunaan istilah asing lebih menepati maksud yang hendak dinyatakan.

22 Februari 2011

Diskusi Buku Wilayah Timur

Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kelab Bahasa Melayu (Kebayu) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu menganjurkan majlis di atas sebagaimana butiran berikut.

Tarikh           : 06 Mac 2011 (Ahad)
Masa             : 2.00 petang
Tempat         : Dewan Wawasan, IPGKKB
Panel            : Dr Fatimah Busu
                      En. Nazri Ahmad
Karya yang akan dibicarakan ialah kumpulan cerpen Merpati Menari di Padang Embun karya Zanazanzaly, dan kumpulan drama pentas Awal Tengah Akhir karya Wan Ahmad Ismail. Semua dijemput hadir. Masuk percuma.

26 Januari 2011

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Aidah Abd. Ghani
Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan (OUM)


Pengenalan

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya.

Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat berkerja serta institusi masyarakat lain. Oleh sebab pendidikan adalah suatu proses menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992)).