20 Mac 2010

Kursus Anjuran JPM Tahun 2010

Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPG Kampus Kota Bharu menganjurkan beberapa bagi memartabatkan bahasa Melayu. Tajuk kursus berkenaan ialah (a) Kursus Pemantapan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Malaysia (9 - 11 Mac 2010), (b) Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Berkesan (23 - 25 Mac 2010), (c) Teknik Bercerita dalam Pengajaran Bahasa Melayu (6 - 8 April 2010), (d) Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan E-Kamus (20 - 22 April 2010), (e) Bengkel Penulisan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (4 - 6 Mei 2010), (f) Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu (18 - 20 Mei 2010), (g) Strategi Pengajaran Puisi Tradisional (6 - 8 Julai 2010), dan (h) Kursus Kreativiti dan Didik Hibur dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia (20 - 22 Julai 2010). Sasaran ialah kepada guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekitar Kelantan, sama ada dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan mahupun sekolah menengah.

Tiada ulasan: