08 Disember 2010

Perkaitan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Noorziha binti Ismail
Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan (OUM)


PENGENALAN


Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.


Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

19 November 2010

Mampan, Mapan dan Mempan


Walaupun perkataan mampan, mapan, dan mempan mempunyai ejaan yang hampir sama, namun ketiga-tiga perkataan ini mempunyai makna yang berbeza.

Dalam Kamus Dewan (2007: 989) mencatatkan makna perkataan mampan ialah mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.  Perkataan ini sesuai digunakan, terutamanya dalam bidang ekonomi dan  pencapaian pembangunan  mahupun organisasi. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah suistainable. Contoh ayat mialah;

  1. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan

Perkataan mapan pula dicatatkan dalam Kamus Dewan (2007: 997) sebagai bermaksud : 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum) atau mantap. 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali dan sebagainya). Padanan perkataan Inggeris ialah established. Contoh ayat ialah;

  1. Zaen Kasturi telah diiktiraf sebagai penulis yang mapan.

Manakala, perkataan mempan yang dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai bermaksud dapat dilukai (oleh senjata dll.), lut, boleh terbakar (oleh api).  Padanan bahasa Inggerisnya ialah vulnerable. Contoh ayatnya ialah; 

  1. Telah berkali-kali dia menikam tubuh lelaki itu, tetapi tidak juga mempan.

21 Oktober 2010

Kemahiran Membaca

Oleh Joelabu

Pendahuluan

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.

Perkahwinan Melayu

Pengenalan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Cincin belah rotan

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

26 September 2010

HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA


JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG
SYUHADA BT HUSSAIN           

PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.


23 September 2010

Kriteria Penghakiman Deklamasi


oleh Muhammad Salleh Rahamad (UM)

1. Vokal – 15%
Suara : bagi deklamasi puisi kemerdekaan suara memainkan peranan yang penting. Ini adalah untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan audian. Calon mesti memastikan mempunyai suara yang besar, lantang, parau. Keseluruhan markah ditentukan oleh kesesuaian suara bagi puisi jenis ini.

2. Intonasi – 15%
Turun naik suara. Peserta dapat mengawal tinggi rendah/panjang pendek suara berdasarkan maksud puisi. Kebolehan dan kecerdikan peserta mengawal intonasi menentukan markah baik atau sebaliknya. Kebolehan menggunakan jeda, patah-patah kata, hentian yang betul diambilkira.

3. Nada – 15%
Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan, sikap, aliran atau rentak puisi. Nada dalam deklamasi mengikut ‘mood’ sesebuah puisi. Peserta yang dapat mengikut mood dan nada bagi setiap baris, bait atau rangkap mampu memperolehi markah yang tinggi.

22 September 2010

Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu Tradisional

Oleh Mohd Khairi bin Ariffin (PISMP-BM, IPG-KKB)
           
1.0       PENGENALAN       
Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).

06 September 2010

Pengenalan Kajian Tindakan


Beberapa Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.

Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan.

23 Ogos 2010

Teknik Pengajaran Komsas / Sastera / Bahasa

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

(a) Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

Memahami Istilah Sastera


Cikgu Mohd Khir Kassim


Asonansi – pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam satu baris.

Babak – bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada adegan.

Bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

Bahasa kiasan – pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan kesan.

Bait – bahagian dalam sajak, rangkap

Balada – puisi naratif yang romantis

Cerita asal usul – cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia

11 Ogos 2010

Cara Pemerolehan Bahasa Kedua

Oleh Hidayatul Akmal Hashim, Norfasihah Mohamad dan Norsuriaty Ahmad Sarkawi

PENDAHULUAN
Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) :

“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara ‘memperoleh’ bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.”

Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah perlu.

10 Ogos 2010

Cara Pemerolehan Bahasa Pertama


Menurut Wilhelm Von Humbolt,seorang sarjana Jerman,bahasa bermaksud satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh bentuk dalaman. Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali diperoleh dan dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanak-kanak, iaitu sebelum dia mempelajari sesuatu bahasa asing atau bahasa kedua. Bahasa pertama ini sering juga disebut sebagai bahasa kandung atau bahasa ibunda. 

09 Ogos 2010

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH GLOBAL

Oleh; Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin

Pengenalan
Sastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan dirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini terutama yang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera. Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk menyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah diberikan kepada kami. Setelah diundi, kami telah bernasib baik kerana dihadiahkan tajuk pendekatan memahami teks melalui kaedah global. Jadi, pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan serba sedikit perihal kaedah global beserta contoh-contoh yang bersesuai.

08 Ogos 2010

Lagu Tradisi


Oleh Nik Arrafi, Muhammad Adam Rosali dan Mohd Nurun Syuhada 
Lagu – lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Namun satu andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud semasa masyarakat Melayu menganuti fahaman animism lagi. Lalu dalam hal ini; lagu-lagu tradisi begini boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisi.

07 Ogos 2010

Laras Bahasa Sastera


Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. 
Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).

Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.

Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan serta indah.

Kesantunan Berbahasa


Warna Kehidupan: Kesantunan, kebolehan berbahasa

Oleh Nurul Farina Nazlan
ORANG Melayu sangat memandang tinggi budaya masyarakat yang bersopan santun sehingga nama panggilan terhadap seseorang dapat menentukan sikap, kelas sosial, pendidikan dan hubungan antara pemanggil dan individu yang dipanggil, sekali gus memperlihatkan keperibadian mereka.

Bagaimanapun, arus kemodenan yang mengasak masyarakat Melayu semakin menyingkirkan kepekaan sebahagian anggota masyarakat terhadap perkara ini sehingga sistem panggilan dan gelaran tidak lagi membawa ciri istimewa yang pernah diguna pakai bangsa terbabit.

Sikap ambil mudah dengan sistem panggilan rasmi terutama golongan berpangkat dan berusia, ada kalanya menjejaskan kredibiliti pemanggil sehingga yang terpancar ialah sikap tidak prihatin individu berkenaan terhadap penggunaan bahasa panggilan yang tepat.

Pernah terjadi budayawan Melayu, Azah Aziz, dirujuk sebagai Kak Azah oleh pemanggil yang berpangkat anak jika usia dijadikan sebagai landasan ukuran pada satu acara rasmi disebabkan kesantunan dan kebolehan berbahasa yang terbatas.

Azah yang sering merujuk dirinya dan dipanggil Kak Azah, lalu memberi laluan kepada pemanggil dengan menyatakan dirinya sepatutnya dirujuk sebagai Ibu Azah atau Bonda Azah dan faham kesilapan itu kerang semakin bangsa apalagi generasi kurang kesantunan dan kebolehan berbahasa.

Pensyarah Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norizah Ardi, berkata individu atau kelompok yang gagal memanggil orang lain mengikut gelaran sedia ada berkemungkinan kurang ilmu dan tiada pendidikan menyeluruh berkenaan perkara itu.

“Kegagalan berbahasa mengikut kesesuaian tempat dan masa yang banyak berlaku di kalangan generasi muda ekoran kesukaran membezakan antara urusan rasmi dengan tidak, akibat kurangnya pendedahan berkenaan ilmu sosial dalam pergaulan.

“Mereka patut dididik dengan ilmu dalam pergaulan termasuk cara berbahasa, selain diberi penekanan agar menyelidik latar belakang orang yang ingin dihubungi bagi mengelakkan daripada berlakunya kesalahan akibat kejahilan terhadap status atau gelaran orang terbabit.

“Masyarakat juga perlu sedar dan prihatin dengan sistem dalam kelompok atau kaum tertentu, sebelum mendekati serta berinteraksi dengan mereka, khususnya dalam negara majmuk yang mempunyai pelbagai bahasa mahupun budaya,” katanya kepada Sastera ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

Pada masa sama, Dr Norizah menegaskan, individu yang bergelar, berpangkat dan berjawatan tertentu juga perlu menyesuaikan diri serta tahu menggunakan gelaran mereka di tempat yang sesuai agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat setempat.

“Kebelakangan ini, saya sering memerhatikan segelintir individu yang gagal menggunakan gelaran mereka dalam ruang lingkup yang betul seperti gelaran Profesor atau Prof Madya yang sepatutnya tidak wajar digunakan di luar urusan akademik.

“Sekiranya panggilan itu dibuat oleh pelajar atau rakan sekerja selepas waktu pejabat, ia tidak menjadi masalah kerana sudah menjadi kebiasaan, tetapi tidaklah sampai jawatan berkenaan disebut pada acara kejiranan di kawasan kediaman,” jelasnya.

Ketua Bahagian Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Othman Yatim, berkata bahasa menjadi lambang perilaku dan budi masyarakat Melayu sehingga orang Melayu menganggap biadap terhadap kegagalan berbahasa dengan betul dan tepat.

“Kesantunan berbahasa dalam diri seseorang dapat dilihat melalui perspektif cara pergaulan, pengucapan dan penggunaan perkataan yang digunakan kerana kita tidak boleh memanggil orang lain dengan gelaran dan panggilan secara sewenang-wenangnya.

“Dalam sistem kekeluargaan juga, ada sistem hiraki tertentu yang memperlihatkan individu lebih muda perlu menghormati mereka yang lebih tua sehingga ada gelaran tertentu ditetapkan seperti Pak Long, Pak Ngah dan Mak Uda,” katanya.

Prof Othman berkata, ada kalanya niat seseorang itu mungkin baik ketika memanggil orang lain mengikut keselesaannya terutama dalam menjalin hubungan lebih akrab, tetapi dalam konteks budaya mereka tidak tahu istilah itu tidak betul terutama apabila membabitkan individu berpangkat.

“Masalah utama dalam sistem berbahasa adalah soal kesantunan bahasa. Contoh dan teladan bermula daripada ibu bapa yang perlu memberi pendedahan awal kepada anak mereka terhadap cara tepat memanggil dan berbahasa dengan orang lain”, katanya.


Berita Harian: 2010/07/29

Nota Semantik


SEMANTIK
1.    Berasal daripada bahasa Inggeris.

2.    ‘sema’:
Ø  Tanda @ lambang.
Ø  Mempunyai makna yang difahami oleh masyarakat.
Ø  Dalam bidang linguistik, bermaksud kajian makna atau erti sesuatu perkataan.

3.    Berkait rapat dengan semantik:
v  Semistik
v  Semiologi
v  Semasiologi

4.    Mengikut Ferdina de Sausure, setiap tanda mempunyai 2 unsur
ü  Unsur diertikan (signified)
ü  Unsur yang dimengertikan (signifier)

5.    Yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang.

6.    Yang dimengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang diterima dalam masyarakat berkenaan.

DEFINISI SEMANTIK
1.    Abdullah Hassan
·         Semantik ialah satu bidang ilmu mengenai kajian atau analisis makna yang melibatkan makna secara simkronis.

2.    Zulkifli Hamid
·         Semantik bermaksud satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan  kajian makna pada peringkat kata, frasa, klausa dan ayat.

3.    Nik Safiah Karim
·         Bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.

4.    Kamaruddin Hj. Husin
·         Kajian tentang makna linguistik yang membicarakan aspek yang ditonjolkan dalam ayat atau objek.


5.    Kamus Dewan
·         Kajian tentang makna perkataan dan pernambahan makna sesuatu kata.

6.    Albab Othman
·         Mengenai erti dan perubahan erti sesuatu kata dalam struktur kata.

7.    Abdul Rahman Rashid
·         Satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.
·         Ia juga melibatkan aspek bukan linguistik seperti konteks, perkataan atau ayat itu digunakan dan kebudayaan sesuatu bangsa berkenaan

KONSEP & MAKNA
1.    Konsep dan makna dalam semantic dapat dianalisis dalam 3 komponen:
Ø  Komponen kata
Ø  Komponen makna (konsep)
Ø  Komponen rujukan

2.    Komponen kata ialah aspek-aspek dalam bentuk bunyi atau tulisan.

3.    Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia.

4.    Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat.

5.    Terdapat 2 pendapat mengaitkan hubungan kata dengan rujukan iaitu:
v  Kata yang diertikan
v  Kata yang dimengertikan.

6.    Apabila seseorang menyebut sesuatu kata secara automatik, akan tergambar benda yang merujuk yang mewakili kata berkenaan.

7.    Hubungan antara kata dengan konsep adalah bersifat langsung dan demikian juga konsep dengan rujukan.

8.    Namun, hubungan antara kata dengan rujukan adalah tidak langsung.

9.    Hubungan antara kata dan makna dengan rujukan adalah bersifat obitrasi (sewenang-wenangnya) iaitu tidak mutlak.

PERUBAHAN MAKNA
1.    Makna sesuatu perkataan akan berubah mengikut peredaran masa atau teknologi dan hubungan sosial.

2.    Perubahan makna boleh berlaku dari segi perluasan makna dan penyempitan  makna.

3.    Maksudnya ialah makna asalnya samakin berkembang dan mempunyai makna-makna baharu.

4.    Contohnya:
*      Saudara
a.    Adik-beradik seibu dan sebapa.
b.    Orang mempunyai pertalian darah.
c.    Orang yang seagama.
d.    Nama panggilan hormat pada orang tidak dikenali @ tidak mesra @ kakitangan bawahan @ orang yang sama taraf.

5.    Penyempitan makna pada asalnya mempunyai makna yang luas tetapi telah mengalami makna yang khusus (kecil).

6.    Contohnya:
*      Khalwat
a.    Mengasingkan diri @ bersunyi-sunyian @ bertafakur untuk beramal kepada Allah.
b.    Berdua-duaan yang bukan muhrim.
c.    Madrasah (sekolah / tempat sembahyang untuk sembahyang solat fardu sahaja)

JENIS-JENIS MAKNA
1.    Faktor yang membezakan makna sesuatu perkataan bergantung kepada:
·         Makna
·         Jantina
·         Budaya
·         Kaum
·         Kerahsiaan sesuatu isu
·         Kod bahasa sastera
·         Unsur persekitaran


JENIS-JENIS MAKNA
1.    LEKSIKAL
*      Leksikal ialah makna yang terbit secara langsung daripada sesuatu benda.
*      (makna selapis) : rumah, buku.
*      (makna denotatif) : buaya ialah binatang berkaki empat.
*      (makna dramatika)
v  Makna yang hadir akibat berlakunya makna literal.
v  Makna yang hadir selepas imbuhan.
v  Mengalami proses perimbuhan, perkataan dan pemajmukan.
v  Contohnya: terangkat, buku-buku, diangkat.

2.    REFERENSIAL & NON-REFERENSIAL
*      Referensial ialah makna yang ada rujukan langsung pada sesuatu objek dan boleh dibayangkan objek berkenaan.
*      Contohnya: buku, meja, sekolah.
*      Non-referensial ialah perkataan-perkataan yang tiada rujukan langsung dan pendengar tidak boleh membayangi objek-objek perkataan berkenaan.
*      Contohnya: sayang, angin, bayu.

3.    DENOTATIF & KONOTATIF
*      Denotatif bersamaan makna referensial @ makna selapis kerana boleh dilihat secara nyata.
*      Disebut juga sebagai makna sebenar.
*      Contohnya: lelaki, wanita, perempuan.
*      Konotatif ialah peluasan makna tersebut disebabkan nilai rasa positif, negatif, adat budaya, bahasa dan persekitaran.
*      Orang Melayu anggap kancil cerdik
*      Orang Arab anggap monyet cerdik.

PERKAITAN MAKNA PERKATAAN
1.    Bahasa-bahasa yang dipetuturkan mempunyai makna yang saling berkaitan antara satu sama lain.
2.    Perkaitan itu berlaku dari segi persamaan makna atau berlawanan makna atau dalam kelompok keluarga makna berkenaan.
3.    Antara aspek perkaitan makna ialah:
Ø  Sinonim
Ø  Antonim
Ø  Homonimi
Ø  Hiponimi
Ø  Homograf
Ø  Polisemi
Ø  Homophon

a.    SINONIM
·         Sinonim ialah ungkapan atau perkataan yang hamper sama.
·         Contohnya: cerdik = bijak = pandai = pintar = bergeliga
·         Hubungan makna bersikap sinonim bersifat 2 hala iaitu:
ü  Makna perkataan A dapat diterima untuk perkataan B.
ü  Makna perkataan B dapat diterima untuk perkataan A.
·         Walaupun perkataan itu bersinonim, namun tidak mempunyai kesamaan makna 100%.
·         Contohnya:
ü  Rama-rama = kupu-kupu
ü  Wanita = perempuan