Penulisan refleksi bertujuan membina kepekaan pelajar menghubungkaitkan ilmu teori dan ilmu praktis dalam pembinaan kerjaya perguruan. Ia mengintegrasi ilmu yang diperoleh daripada orang lain dengan olmu yang diperoleh daripada pengalaman kendiri. Integrasi ini akan membina dan membentuk kematangan dalam diri pelajar untuk menjadi seorang insan guru.
Aktiviti refleksi memerlukan pelajar menghayati erti pengalaman sejajar dengan perkembangan intelektual, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi, dan membina pemikiran sendiri. Melalui aktiviti dan penulisan releksi dalam tugasan pelajar dalam melatih diri menjadi pengamal releksi yang sentiasa bersifat reflektif terhadap persekitarannya.
penulisan refleksi yang baik seharusnya terdiri daripada tiga elemen, iaitu:-
Huraian pengalaman - penulisan difokuskan kepada beberapa aspek penting berkaitan tugasan. Penjelasan merujuk kepada apa yang telah dilakukan dan dialami dalam tugasan berkenaan.
Hubungkait pengalaman baharu dengan pengalaman lama -- Penulisan harus menjurus kepada kesan pengalaman, aspek pembelajaran atau kesedaran baharu. Perkaitan pengalaman baharu dengan pengalaman lama harus ditunjukkan.
Huraian kesan pengalaman terhadap diri pelajar -- Kesan pengalaman yang dilalui terhadap perkembangan diri sebagai seorang guru. Pelajar perlu dapat mengulas dengan membuat analisis atau penilaian terhadap pengalaman yang dilalui dan membina pemikiran atau ilmu baharu yang dapat membantu mereka meningkatkan keupayaan sebagai seorang guru.
Berfikir secara reflektif dan menjadi pengamal refleksi akan membantu pelajar menjadi guru permulaan yang peka terhadap dunia dan kerjaya perguruan. Aktiviti refleksi memberi ruang dan peluang pelajar membuat penambahbaikan terhadap keupayaan mereka dalam mengintegrasi pengalaman sedia ada dengan pengalaman baharu. Adalah diharapkan pelajar yang mengamalkan refleksi melalui pelaksanaan tugasan akan terus berusaha dan berfikir bagi meningkatkan keupayaan diri mereka dalam kerjaya perguruan semakin mencabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan