26 Mac 2010

Mereka

Mereka ialah satu perkataan bertaraf kata tunggal jenis jamak. Sifatnya menggambarkan bilangan yang banyak. Kata ini merujuk orang ketiga jamak atau kata ganti diri ketiga. Maknanya, istilah mereka merujuk bilangan manusia / orang dalam kumpulan ramai - lebih daripada 1 orang. oleh sebab itu, perkataan itu tidak digandakan menjadi mereka-mereka. Contoh ayat;
  1. Hadiah itu untuk mereka.


Hal ini kerana setiap perkataan yang digandakan adalah bertujuan menunjukkan bilangan ramai. Oleh sebab mereka sudah menunjukkan bilangan ramai, maka perkataan itu sudah tidak perlu dijamakkan lagi menjadi mereka-mereka. Kalau dijamakkan juga, maka perbuatan itu dianggap salah. Contoh ayat; 
   2. Hadiah itu untuk mereka-mereka.
Demikian juga penggunaan perkataan kita, sudah menunjukan bilangan ramai. Perkataan itu tidak perlu digandakan juga, menjadikannya kita-kita.  

Walau bagaimanapun, bagi ahli linguistik, mereka menerima penggunaan perkataan mereka-mereka. Mereka anggap sebagai korpus kerana sering digunakan, termasuk penutur jati bahasa Melayu. Hal ini berbeza dengan  pendapat ahli bahasa. Perbezaan itu disebabkan pegangan ideologi yang berbeza. Ahli bahasa berpegang pada konsep tranformasi generatif, manakala ahli linguistik berpegang pada bilangan penggunanya. Kalau ramai yang menggunakannya, maka perkataan itu diterima sebagai korpus bahasa Melayu.     

Tiada ulasan: