Lagu – lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Namun satu andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud semasa masyarakat Melayu menganuti fahaman animism lagi. Lalu dalam hal ini; lagu-lagu tradisi begini boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisi.
Serupa juga dengan sastera rakyat ianya berkembang dalam masyarakat Melayu lama kemudian titis-menitis dari satu keturunan kepada satu keturunan secara lisan. Bagaimanapun hingga ke hari ini kita agak cuai dalam mengekalkan kesenian warisan itu sehingga kita tidak begitu sedar lagu-lagu itu pernah wujud dan masih boleh dikesan pada masa ini walaupun ianya sudah terlalu berkurangan.
Kebanyakkan lagu-lagu tradisional ini telah lama dilupakan dan kurang diingati oleh masyarakat sekarang, namun usaha-usaha masih boleh dijalankan. Sepanjang usaha-usaha menjalankan penyelidikan ini bukan sahaja kesukaran yang sedemikian yang akan ditempuhi tetapi lebih banyak dari itu lagi. Antara kesukaran yang dihadapi ialah kebanyakkan lagu yang berkaitan dengan lagu tradisi ialah berkaitan dengan dialek. Maka mungkin kita tidak memahami lagu tersebut dan menghilangkan minat untuk mendalaminya.
Bentuk-bentuk puisi pada lagu tradisi
Amat jelas pada kita bentuk-bentuk yang boleh atau dapat kita golongkan bila melihat kepada kata-kata lagu-lagu itu. Malah bentuk-bentuk itu amat kita kenali dan biasa tegasnya ia tidak menyimpang atau jauh dengan puisi Melayu yang kita ketahui dalam kesusateraan.
i. Bentuk syair
ii. Pantun
iii. Puisi Lama
Adalah disedari juga bahawa lagu-lagu ini bukan sahaja dalam bentuk pantun, syair, puisi lama tetapi juga dalam bentuk-bentuk yang lain.
Penjenisan lagu-lagu tradisi
Baik dari segi maksud ungkapan lagu-lagu itu atau ketika bila di mana serta kepada sesiapa lagu itu ditujukan atau dimaksudkan maka kita boleh menyusun jenis-jenis lagu itu sebagai berikut :
i. Untuk kanak-kanak
ii. Untuk orang dewasa atau muda
iii. Digunakan oleh bomoh dalam upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau puja-memuja minta pertolongan kepada ‘makhluk halus’ dan hal yang seperti ini adalah jarang atau tidak kedapatan lagi.
Selain itu, dari memahami maksud dalam ungkapan yang terdapat dalam lagu itu, irama lagu itu menjadi penting dalam masyarakat Melayu lama itu. Selalunya lagu-lagu tersebut kalau tidak mengisi upacara-upacara khusus maka ianya akan digunakan atau dinyanyikan untuk berhibur hati. Paling acap kita mendengar lagu yang dinyanyikan oleh ibu-ibu untuk melelapkan mata anak-anaknya yang di dalam buaian. Keseluruhannya kita boleh melihat beberapa hal seperti nasihat, sindiran, suruhan, kelucuan, kecantikan serta lain-lain unsure di dalam lagu-lagu tersebut. Tujuan lagu-lagu itu ialah untuk membawa kearah kebaikan juga.
Fungsi lagu rakyat dalam masyarakat.
Lagu-lagu rakyat yang wujud dalam masyarakat kita mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ada di antara lagu-lagu itu yang digunakan oleh bomoh dalam jampi mentera bagi menyembuhkan pesakit yang diserang sakit samada sakit ringan mahupun sakit yang berat. Selain itu, lagu-lagu ini digunakan bomoh untuk memagar kampung halaman mengikut kepercayaan aninisme masing-masing.
Bagaimanapun, Berdah (berdikir rebana) dipercayai boleh menghindar sesebuah masyarakat daripada penyakit jika diadakan upacara ini. Berdikir rebana juga menyerikan sesebuah majlis perkahwinan. Kadang-kala berdikir rebana digunakan semasa majlis atau upacara pinang –meminang. Biasanya pada waktu ini akan berlaku situasi berbalas pantun.
Lagu rakyat juga dinyanyikan ketika musim menuai atau waktu mengampin padi muda. Rentak menepuk . Dalam pada itu ,Lagu Pujuk Lebah digunakan untuk memujuk lebah supaya tidak menyengat ketika hendak diambil manisan dari sarangnya. Kaedah yang hampir serupa digunakan untuk memujuk ikan kalui supaya timbul dipermukaan air supaya mudah untuk ditangkap kaedah ini distilahkan masyarakat dahulu sebagai “Siul Kalai” .
Lagu-lagu rakyat turut mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk memikat anak gadis. Pada masa dahulu,pemuda yang pandai berdikir rebana akan mendapat perhatian atau menjadi perhatian gadis idaman yang cantik. Orang-orang muda menggunakan lagu-lagu yang sesuai untuk menunjukkan atau memperdengarkan suaranya kepada gadis idamannya. Sewaktu persembahan berlangsung anak gadis akan mengangkat hidangan untuk orang-orang yang berdikir dan pada ketika itulah gadis atau teruna pendikir akan mencuri pandang.
Lagu rakyat turut menjadi permainan kanak-kanak. Mereka menyanyikan lagu-lagu ketika bermain contohnya permainan “nenek-nenek”. Ibu-ibu turut menggunakan lagu-lagu sewaktu hendak menidurkan anaknya dalam buaian manakala nenek pula menyanyikannya untuk melelapkan mata cucu-cucunya. Dalam hubungan ini jugalah lagu-lagu rakyat akan dapat digunakan untuk membentuk pekerti yang mulia orang-orang yang mendengarnya.
1 ulasan:
Tulisan ni copy paste penulisan Aripin Said,Bab 7- Nyanyian Lagu Rakyat: Mencari Khazanah Yang Hilang. At least nyatakan reference. Ini copy paste lagi..struktur ayat sama. aduhai.
Catat Ulasan