23 Ogos 2010

Memahami Istilah Sastera


Cikgu Mohd Khir Kassim


Asonansi – pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam satu baris.

Babak – bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada adegan.

Bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

Bahasa kiasan – pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan kesan.

Bait – bahagian dalam sajak, rangkap

Balada – puisi naratif yang romantis

Cerita asal usul – cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia


Cerita penglipur lara – suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan oleh tukang cerita secara lisan

Cerita rakyat – cerita yang dituturkan secara lisan dan terkenal dalam masyarakat
Melayu tradisional

Dialek – loghat atau pelat daerah

Diksi – pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan

Drama – karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, televisyen, atau sandiwara

Epifora – pengulangan kata-kata pada akhir baris puisi untuk penegasan

Epik – prosa atau puisi panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh penting yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara

Episod – sebahagian cerita daripada cerita yang lebih besar dalam karya sastera atau drama

Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya

Genre – jenis, bidang, atau cabang sastera atau seni

Gurindam - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada dua baris maksud dan mempunyai rima akhir aa

Hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan

Imbas kembali – teknik plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang terdahulu dan dikenang atau diingat semula

Imbas muka – teknik plot atau cerita yang memungkinkan pembaca meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku

Imej – gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata-ungkapan, dan ayat dalam puisi

Imejan – bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera

Inversi – keterbalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim

Klimaks/kemuncak – bahagian dalam cerita yang paling menarik atau penting daripada
bahagian-bahagian lain

Konflik – ketegangan atau pertentangan antara dua watak

Kronologi – susunan atau urutan peristiwa mengikut masa

Latar – keterangan mengenai waktu, ruang, atau masyarakat yang terjadinya sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar masa – gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar tempat – gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku

Latar masyarakat – gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap, dan sebagainya

Mesej – segala yang berupa gagasan, pengajaran, amanat, atau teladan yang hendak disampaikan

Metafora – sejenis bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak atau perbandingan langsung yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan macam

Monolog dalaman – rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya dalam fikiran atau dalam hati watak serta tidak disuarakan

Monolog – pembicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau suara hati yang terluah tanpa disedari

Nada – perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya tekanan suara

Paradoks – pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum yang realiti

Peleraian – peringkat akhir dalam binaan plot dalam sesuatu cerita; penyelesaian suatu cerita dalam karya

Pengajaran – suatu perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang dapat mengajar manusia supaya berbuat baik dan meninggalkan yang jahat

Pengulangan – hal berulang-ulangnya kata, ungkapan, baris, atau rangkap

Persoalan – perkara-perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang bagi memantap tema

Personifikasi – pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa.

Perwatakan – gambaran sifat-sifat luaran dan dalam sesuatu watak

Plot – rentetan atau urutan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat

Prosa – sebarang bentuk tulisan atau karangan yang mempunyai corak atau gambaran yang tertentu

Puisi – suatu bentuk tulisan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada penyair atau penyajak

Rangkap – beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi

Repitasi – pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki

Responsi – pengulangan kata di tengah baris pantun atau sajak

Rima – keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu baris puisi atau rangkap

Romantis – nada yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih saying

Sampiran – pembayang maksud bagi pantun

Saspens – unsure ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak dalam cerita yang menyebabkan pembaca tertanya-tanya

Seloka – puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya mempunyai bilangan baris maksud yang bebas dan rima akhirnya juga tidak terikat.

Simbol – lambang-lambang tertentu yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu maksud

Simile – perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, macam dan persis

Sinkof – penyingkatan kata

Sinopsis – ringkasan cerita atau sesuatu perkara penting dalam sesebuah cerita

Subplot – plot sampingan kepada plot utama

Sudut pandangan – cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangkan sesuatu plot

Syair - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris maksud dan mempunyai rima akhir aaaa.

Tema – gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang

Watak – pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya

Watak antagonis- watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama

Watak bulat/bundar – watak yang aktif ,iaitu ada perubahan pada fikiran ,aksi ,atau
perwatakannya dari semasa ke semasa

Watak dinamik – watak yang bergerak bukan saja dari segi fizikal tetapi juga dari segi
pemikirannya

Watak kodi – watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat

Watak pipih/statik – watak yang tidak menampakkan sebarang perubahan dari mula hingga akhir cerita

Watak protagonis –watak utama ,iaitu watak dasar atau watak pusat yang berperanan penting dalam cerita

Watak putih – watak yang senantiasa melakukan tindakan yang positif dan baik

Watak sampingan – watak pembantu yang membantu watak utama dalam suatu cerita

Watak utama – watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan menggerakkan
keseluruhan cerita.

Tiada ulasan: