19 November 2010

Mampan, Mapan dan Mempan


Walaupun perkataan mampan, mapan, dan mempan mempunyai ejaan yang hampir sama, namun ketiga-tiga perkataan ini mempunyai makna yang berbeza.

Dalam Kamus Dewan (2007: 989) mencatatkan makna perkataan mampan ialah mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.  Perkataan ini sesuai digunakan, terutamanya dalam bidang ekonomi dan  pencapaian pembangunan  mahupun organisasi. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah suistainable. Contoh ayat mialah;

  1. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan

Perkataan mapan pula dicatatkan dalam Kamus Dewan (2007: 997) sebagai bermaksud : 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum) atau mantap. 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali dan sebagainya). Padanan perkataan Inggeris ialah established. Contoh ayat ialah;

  1. Zaen Kasturi telah diiktiraf sebagai penulis yang mapan.

Manakala, perkataan mempan yang dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai bermaksud dapat dilukai (oleh senjata dll.), lut, boleh terbakar (oleh api).  Padanan bahasa Inggerisnya ialah vulnerable. Contoh ayatnya ialah; 

  1. Telah berkali-kali dia menikam tubuh lelaki itu, tetapi tidak juga mempan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih. Sangat membantu.