10 Januari 2012


MENINGKATKAN  KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU KATA BAGI MURID TAHUN DUA

NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN
(Bekas mahasiswa PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Bahan ini merupakan ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)

       
1.0  Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain.

  Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks ketika sesi pengajaran. Namun demikian, saya melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika saya menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini.


2.0  Fokus kajian

Saya mendapati murid telah dapat mengenal huruf dan bunyi suku kata. Murid juga telah dapat membaca perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata yang bermula daripada huruf vokal seperti ‘ibu’ dan ‘anak’. Namun begitu, murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua suku kata yang lebih sukar seperti ‘beca’, ‘botak’, ‘lembut’, ‘borang’ dan ‘kentang’. Murid gemar membunyikan perkataan mengikut sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK+KV.

      Hasil dari pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid masih belum dapat menguasai konsep mencantumkan perkataan dan keliru dengan bunyi suku kata serta huruf . Oleh itu saya telah melaksanakan aktiviti Nyanyian Suku Kata, Teknik “Cantumkan Saya” dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi mengatasi masalah murid.


        Kajian tentang masalah membaca banyak dilakukan oleh pengkaji yang terdahulu. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Mazni Osman (2007), Roziah Abdul Hamid (2005), Zainora Mohd (2005), Abdillah Nurdin Asis (2009), Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) serta Siti Rosmah Mohamed dan Saripah Sarif (2006),

       Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, Namun masih belum ada kajian tentang masalah membaca dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata bagi Murid Tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong.


3.0  Objektif kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :
3.1      Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid Tahun Dua
3.2     Mengukur kesan kaedah “Nyanyian Suku Kata”, “Cantumkan Saya” dan Latih  Tubi Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid Tahun Dua.
3.3      Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Murid kelas ini terdiri daripada 16 orang iaitu 11 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Setelah melakukan ujian diagnostik, tujuh orang murid telah dipilih sebagai responden kajian. Responden ini terdiri daripada dua orang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. Responden ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah dan sederhana berbanding 9 orang murid yang lain. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada 2 Mac 2010. Oleh itu kajian telah dilakukan terhadap tujuh orang responden ini.

5.0 Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalah
Tinjauan masalah dilakukan melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP). Setelah beberapa sesi pengajaran, saya dapat mengenal pasti bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah dalam membaca ketika saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid. Hasil dari tinjauan masalahmendapati bahawa masalah membaca ini memang wujud dalam kalangan murid.

5.2 Strategi Perlaksanaan Tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Aktiviti “Cantumkan Saya”

Aktiviti “Cantumkan Saya” ini dijalankan pada 4.04.2010 sehingga 15.04.2010. Teknik ini    dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan diberikan  Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk bunyi perkataan.
A

B
C
D
lem
gan
lon
tas
tar
tung
but
pan
lon
jan
ram
 







                 
       
G

E
H
F
 



                               Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya

Refleksi
Aktiviti ini membantu murid menangkap bunyi sambungan perkataan yang terhasil daripada suku kata yang dicantumkan. Kadang kala murid memilih sendiri suku kata secara berpasangan dan cuba mencantumkan bunyi perkataan tersebut. Kadangkala, ada perkataan yang dibentuk itu salah. Saya akan menggantikan suku kata yang salah tersebut dengan suku kata baru yang dapat membentuk perkataan yang bermakna. Saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini. Aktiviti “Cantumkan Saya” ini didapati dapat membantu murid dalam mempelajari konsep mencantum perkataan.

5.2.2 Strategi 2 : Aktiviti Nyanyian Suku Kata
Latihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 18.04.2010 hingga 29.04.2010. Teknik ini   
dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit
diperuntukkan bagi setiap sesi.  Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua. Contoh perkataan pantas
                   Pan pan,
                   pan pan, pan pan, pan pan
                  tas..............!!!!

Refleksi : Setelah dua minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu murid mengingat dan memahami konsep mencantum perkataan.


5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata

Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan
 membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 04.07.2010 hingga 15.07.2010. Teknik ini  dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.     
Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata

u               hung          rung
bung         jung           sung
cung         kung          tung
dung         lung          wung
fung         mung         yung
gung         nung

i             hin          rin
bin         jin           sin
cin         kin          tin
din         lin          win
fin          min        yin
gin         nin
      
a           ha          ra
ba         ja          sa
ca         ka          ta
da         la          wa
fa         ma          ya
ga         na
        














Refleksi
Murid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walaubagaimanapun terdapat masalah gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun demikian masalah kesalahan penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan

6.0 Dapatan Kajian

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 21 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 18 Julai 2010  selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi melihat perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian pra namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 140 perkataan dua suku kata berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka tertutup (KV+KVK), tertutup tertutup (KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV). Berikut merupakan perbandingan keputusan  ujian pra dan ujian pos.

Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos

Bil
Nama murid
Ujian pra
Ujian pos
Peningkatan pencapaian
Markah
(140)
Peratus
(%)
Markah
(140)
Peratus
(%)
Markah
(140)
Peratus
(%)








1
Aidil Azihan
50
35.71
115
82.14
65
+46.43
2
Wajdi
6
4.28
82
58.57
76
+54.29
3
Afiq
46
32.85
120
85.71
74
+52.86
4
Syawal
26
18.57
104
74.28
78
+55.71
5
Mifzal
31
22.14
115
82.14
84
+60.00
6.
Shuhadha
44
31.42
123
87.85
79
+56.43
7.
Munirah
36
25.71
124
88.57
88
+62.86

        Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati murid dapat membaca  antara  6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca antara 82 hingga 124 perkataan pada ujian pos. Jumlah peningkatan perkataan yang dibaca adalah antara 60 hingga 88 patah perkataan. Dapatan kajian ini  telah menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

        Min purata ketika ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada 79.89% dalam ujian pos ini. Peningkatan min purata ini berlaku sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap responden dalam penguasaan kemahiran membaca. Keadaan ini menunjukkan bahawa kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam membaca.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.
         
 

7.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 Cadangan kajian seterusnya

Memandangkan aktiviti yang  dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu  tidak memahami konsep mencantum perkataan.

 SENARAI RUJUKAN

      Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan 
      Guru Kampus Batu Lintang

Aspalaila Ramli. Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran
       Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
       Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor
       2006.Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1
      Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar
      Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan
      Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV
      KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
       Johor 2006 Sekolah Rendah.

Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid
     Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata.
      Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan
      Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Tiada ulasan: