Retibasa merupakan akronim kepada mengerti / faham /reti bahasa. Setiap bangsa mesti reti dan sayang pada bahasanya. Bukti retibasa ialah melalui penggunaannya dalam segala bidang ilmu dan pengurusan pentadbiran.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan segelintir sahaja individu ataupun ketua yang berjaya menjadi pemimpin berkesan?Persoalan ini sudah lama cuba dijawab oleh pakar-pakar yang mengkaji bidang kepemimpinan. Untuk menjawab teka-teki itu mereka mengemukakan dua penjelasan, iaitu kepemimpinan yang berkesan datang daripada dua sumber, iaitu ciri-ciri peribadi seseorang pemimpin dan pola tingkah laku pemimpin.
·Dalam cerita contohnya Hang Tuah dipanggil alegori-menceritakan tentang kisah sosial masyarakat/golongan istana pada masa itu.
·Menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak kira lapisan
·Berikan contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan – novel Shahnon Ahmad – puisi-T. Alias Taib, J.M Aziz
2.Menawarkan gagasan idea dan pemikiran
·Menyalurkan idea dan fikiran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap sesuatu perkara
·Zaman sebelum perang – semangat menentang penjajah-nyatakan contoh
·Semangat nasionalisme – nyatakan contoh
·Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap huraian
3.Memberikan pengajaran/ unsur deduktik
·Karya sastera yang mempunyai unsur-unsur pengajaran sama ada mengajar secara langsung ataupun secara tidak langsung melalui watak-watak binatang
·Sastera rakyat
·Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap huraian
4.Menjadi bahan hiburan
·Karya-karya yang berkisar tentang kehidupan masyarakat pada masa itu yang boleh dijadikan hiburan setelah melaksanakan tanggungjawab seharian.
·Karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca
·Cerita-cerita jenaka – hiburan yang macam mana dan contoh
·Berikan contoh-contoh berdasrkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan
5.Menyeimbangkan sosial dan politik negara
·Karya-karya sastera yang membicarakan persoalan-persoalan berkaitan perpaduan kaum, fahaman politik secara tidak langsung menyedarkan masyarakat tentang pentingnya perpaduan dan kesefahaman dalam masyarakat
·Contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan
6. Mencerminkan estetika dan nilai budaya
·Nyatakan nilai estetika dalam karya sastera yang dapat membentuk negara bangsa dan contoh karya
·Nyatakan nilai budaya dan contoh
7. Memberikan pendidikan dan ilmu
·Nyatakan bagaimana dalam karya sastera dapat memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat untuk membina negara bangsa
8. Menambahkan khazanah intelektual
Bagaimana khazanah intelektual (karya sastera) dapat menyumbang kepada pembentukan negara bangsa.
Menurut Idris Awang dalam bukunya Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam (2009: 68) terdapat sekurang-kurangnya dua kategori data, iaitudata kuantitatif, dan data kualitatif, sebagaimana keterangan di bawah.
Data kuantitatif ialah data dalam bentuk angka yang diperoleh daripada sampel kajian. Angka itu dalam bentuk bilangan, kekerapan, pecahan atau peratus. Semua angka itu adalah hasil rumusan terhadap soalselidik / maklum balas sampel, atau hasil daripada catatan pemerhatian oleh pengkaji.
Data kualitatif, iaitu data-data dalam bentuk maklumat dari sumber-sumber rujukan. Bentuk datanya adalah sama ada berbentuk angka, fakta, keterangan, statistik, dan sebagainya. Walaupun dalam bentuk nombor / angka, data itu tidak dinamakan Data Kuantitatf kerana angka itu bukan hasil daripada rumusan data soal selidik dan pemerhatian. Maksudnya, tidak melibatkan penghitungan, tetapi angka itu telah dikeluarkan oleh pihak tertentu. Misalnya, statistik kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh PDRM. Data Kualitatif boleh diperoleh daripada buku, jurnal, majalah, dokumen-dokumen, artifak, peta, carta, jadual, gambar, temu bual dan sebagainya.
Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera.
Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).
Kalau hendak mencari perempuan Afro-Amerika yang piawai dalam dunia menulis, maka Toni Morrison patut dilirik. Penulis ini terkenal dengan sebutan novelis kulit hitam terbaik di Amerika. Bahkan ada sederetan penghargaan yang membuat perempuan ini menjadi pionir di bidangnya. Di antaranya pada 1993, ia menjadi wanita Afro-Amerika pertama yang memperoleh Nobel untuk sastra dan perempuan Amerika pertama yang dianugerahi penghargaan itu setelah Pearl S. Buck pada 1938.
Penulisan refleksi bertujuan membina kepekaan pelajar menghubungkaitkan ilmu teori dan ilmu praktis dalam pembinaan kerjaya perguruan. Ia mengintegrasi ilmu yang diperoleh daripada orang lain dengan olmu yang diperoleh daripada pengalaman kendiri. Integrasi ini akan membina dan membentuk kematangan dalam diri pelajar untuk menjadi seorang insan guru.
KEPADA PELAJAR SEMESTER 7, 2010 PISMP OPSYEN BAHASA MELAYU
Yang berikut ialah tajuk dan kumpulan yang bertanggungjawab menghasilkan laporan untuk dibentangkan dalam kelas pada semester 8, 2010. Hasil laporan MESTI bebas daripada plagiat, peniruan, cuplikan, ceduk, kaut, cut and paste dan sebagainya yang bukan hasil kerja dan laporan sendiri. Sila siapkan sepanjang cuti nanti. Sebarang masalah, sila hubungi Encik Maniyamin Ibrahim (013-4141454) atau emel nassuryibrahim@gmail.com.
PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH STRUKTURAL
Nairul Aqmal bin A. Rahman
Raziman bin Daud
Ahmad Rahimi bin Md. Said
PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH MENGALAMI-MENGHAYATI
Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya, dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai.
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar penulisan.Teknik ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya ialahteknik bercerita, perbincangan,soal jawab, sumbang saran dan teknik menggunakan gambar.
Saya mulakan perbincangan ini dengan serangkap pantun.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Maju bangsa kerana bahasa.
Ada dua aspek yang ditekankan dalam pantun di atas. Pertama budi, dan kedua bahasa. Dikatakan bahawa seseorang itu dipandang indah dan tampan kerana budi, manakala kemajuan sesuatu bangsa pula dikatakan kerana bahasa. Tentunya bahasa yang dimaksudkan dalam pantun ini ialah bahasa kepada bangsa berkenaan. Demikian, betapa tinggi nilai budi dan nilai bahasa kepada manusia. Hal ini diperkuatkan lagi oleh Mangantar Simanjuntak dengan kata-kata “Pupus bahasa pupuslah bangsa” (Asraf, 1996: 290). Justeru, apakah maksud budi dan bahasa dalam pantun di atas?
Dalam melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan. Dalam tugasan yang diberikan ini, penekanan diberikan kepada pendekatan,kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh seseorang guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran penulisan. Namun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan , kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang akan diajar. Terdapat pendekatan yang boleh dijadikan garis panduan dalam proses pengajaran kemahiran menulis karangan iaitu pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes. Raimes telah mengutarakan empat pendekatan yang boleh digunakan iaitu pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola – perenggan dan pendekatan komunikatif. Kupasan setiap pandangan dikaitkan dengan dua pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes.
Berdasarkan tajuk tugasan pertama, saya telah menyatakan definisi pendekatan, kaedah dan teknik berdasarkan sumber-sumber yang saya rujuki. Saya juga menyatakan pendekatan yang dikemukan oleh Raimes iaitu empat pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran menulis. Ianya berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh tutor. Seterusnya, saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.
PANDANGAN sesetengah pihak terhadap bidang sastera dan budaya tidak mendatangkan keuntungan khususnya dalam bidang ekonomi seharusnya tidak dipinggir dan diketepikan. Begitu juga dengan kerancakan pelbagai universiti awam dan swasta menawarkan pelbagai kursus berkaitan sains dan teknologi. Bidang sastera dan budaya harus seiring dengan pembangunan negara bagi membangun akal budi generasi muda.
Sebenarnya, sudah lama bidang sastera dan budaya berjaya mengimbangi kerakusan manusia mengejar kemajuan dalam ekonomi dan sains teknologi agar manusia masih ada sedikit rasa cinta terhadap alam dan kemanusiaan sejagat. Manusia yang tiada nilai kemanusiaan dalam hati dan jiwanya akan menjadi manusia rakus dan gila perang.
Sejak zaman Plato dan Aristotle, lebih 3,000 tahun dahulu sastera dan budaya sebagai pembina moral, pengasuh etika yang mulia sudah berlarutan dibicarakan. Jelaslah, sastera sebagai 'dunia nilai' yang bersabit dengan keunggulan moral dan sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji menjadi inti wacana sastera sejak epik Gilgamesh dicipta beribu tahun sebelum Plato dan Aristotle.
KELOMPOK Melayu moden, bukan Melayu dan generasi muda terutama yang mendapat pendidikan dan tinggal di luar negara, didakwa semakin jauh daripada pembudayaan bahasa Melayu sehingga tidak mempunyai rasa cinta apalagi setia terhadap bahasa ibunda.
Gejala itu didakwa berpunca daripada globalisasi sehingga lahir generasi muda Melayu tanpa rasa kasih terhadap bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan, sekali gus menjadi anak dunia yang kaki berpijak di negara ini, tetapi jiwa menjelajah ke dunia antarabangsa terutama mereka berpengalaman belajar serta tinggal di luar negara.
Tidak ketinggalan, globalisasi mewujudkan sekelompok rakyat yang terlalu ghairah terhadap bahasa Inggeris termasuk ‘orang Melayu moden’ yang menganggap dunia menjadi kecil dan bahasa Inggeris saja perlu dikuasai untuk berhubung dengan semua pihak.
Penyelidikan tindakan (PT) merupakan satu usaha guru mengkaji, meneliti dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam p – p. Yang berikut ialah masalah yang boleh dikaji dan prosedur menjalankan penyelidikan tindakan:
(a) Masalah yang boleh dikaji:
oKesalahan ejaan
oKesalahan dalam pembentukan kata
oKesalahan dalam ayat
oHukum penggandaan
oPencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
oPenguasaan dalam penulisan karangan
oKeberkesanan aktiviti dan corak pengelolaan kelas
oMotivasi murid
oPersepsi ibu bapa terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, dan perkara lain yang berkaitan dengan pembelajaran murid.
Tugasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan ini, para pelajar diminta memberi pandangan berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar. Para pelajar juga dikehendaki mengaitkan pandangan mereka dengan dua pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Selain itu, para pelajar juga dikehendaki merangka satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang definisi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran secara umum. Kemudian, saya akan menjelaskan tentang pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Seterusnya, saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Untuk menjawab soalan kedua dalam tugasan ini, saya akan memilih gambar dan carta yang sesuai untuk membina model pengajaran sebagaimana kehendak soalan. Saya juga akan membuat rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dan berbincang dengan rakan-rakan serta tutor untuk menghasilkan tugasan yang baik. Saya berharap agar tugasan yang akan saya jalankan akan menepati kehendak soalan.
Berbanding dengan puisi tradisional Melayu yang lain seperti gurindam, seloka, nazam dan syair, pantun masih popular hingga sekarang. Pantun dua kerat dan pantun empat kerat masih mendapat tempat dalam masyarakat moden hari ini. Pantun masih kedengaran dalam lagu-lagu rakyat seperti boria, dondang sayang dikir barat dan lain-lain walaupun lagu-lagu rakyat ini sudah jarang-jarang berkumandang. Pantun juga masih digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis peminangan dan pernikahan. Begitu juga dengan acara dan majlis lain, biasanya juruacara dan pembicara sering membuka, menutup dan menyelitkan ucapan dengan serangkap dua pantun. Sejak akhir-akhir ini pertandingan pantun juga sering diadakan di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti, dan ini sudah tentu merupakan perkembangan yang sangat baik bagi kesinambungan pantun Melayu.
Kami dikehendaki mengkritik sebuah cerpen menggunakan pendekatan Feminisme. Untuk itu, kumpulan kami memilih cerpen “ Suara Hantu “ hasil karya Nassury Ibrahim. Pendekatan Feminisme merupakan pendekatan yang berkenaan dunia dan imej wanita. Pendekatan ini lahir di Barat akibat rasa tidak puas hati golongan wanita terhadap sikap diskriminasi golongan lelaki. Ia dipelopori oleh Virginia Woolf.
Cerpen ‘Suara Hantu’ menceritakan kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan yang diberi nama kampung Che Lijah. Kampung ini telah digemparkan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Kak Kiah yang mendengar suara mengerang yang menakutkan dari bukit di belakang rumahnya. Peristiwa yang menimpa Kak Kiah itu dikaitkan dengan makhluk halus, iaitu hantu, yang mendiami kawasan tersebut. Oleh itu, perkhidmatan pawang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pendekatan Formalistik merupakan pendekatan yang paling awal muncul di Malaysia. Menurut Rahman Shaari (DBP, 1988: 13) pendekatan ini tidak mencapai kemajuan dalam tahun 1950-an. Ia mula popular digunakan sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Antara penulis yang menggunakan pendekatan formalistik dalam kritikan mereka ialah Mana Sikana, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Mohd Affandi Hassan, dan lain-lain. Misalnya tulisan Hashim Awang yang membicarakan novel keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer. Hashim Awang memberi tumpuan kepada aspek plot dalam novel ini.
Pendekatan Formalistik merupakan satu bidang kajian susastera yang menumpukan kajian terhadap unsur-unsur dalaman karya. Unsur dalaman karya atau bentuk karya itu sendiri meliputi tema dan persoalan, perwatakan, plot, gaya bahasa, nada dan latar. Pendekatan Formalistik ini mengambil karya sastera itu sebagai bahan mentah tanpa menilai unsur-unsur lain seperti cara ia dihasilkan. Pengkritik yang mengkaji karya menggunakan pendekatan ini hanya membicarakan karya itu sahaja tanpa melibatkan unsur-unsur lain di luar penghasilan karya tersebut.
(Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Kota Bharu)
Awal bicara ingin saya ceritakan serba sedikit tentang karya yang dikarang oleh Nassury Ibrahim yang bertajuk “Suara Hantu”. Karya ini banyak memaparkan unsur mistik dan kepercayaan yang berlaku dalam masyarakat. Watak-watak yang disebut dalam cerpen ini termasuklah Kak Kiah, Abang Sudin iaitu suami Kak Kiah, Tuk Pawang, Tuk Penggawa, Mak Cik Munah dan watak-watak syaitan. Syaitan yang bernama Tsabar telah berpindah ke Kampung Che Lijah dan membuat kekacauan di sana. Ini membuatkan penduduk kampung menjadi tidak tenteram setelah mendengar suara yang menakutkan dari arah hutan di belakang rumah Kak Kiah. Dengan adanya bantuan daripada Tuk Pawang bejaya menghalau Tsabar dan keluarganya keluar dari kampung itu dan penduduk kampung menjalani kehidupan seperti biasa.
Oleh: Mohd Ridzwan bin Che Harun, Zaiazlina binti Zainuddin, Nadia Nasuha binti Mohd Saidi Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
DEFINISI KRITIKAN SASTERA
Kritik sastera di Malaysia diterima sebagai suatu genre yang penting, meskipun usianya relatif muda. Dari sudut hayatnya, kritikan sastera di Malaysia lahir lebih lewat daripada kemunculan teks sastera kreatif. Para pengkritik menganggap pelopor kritikan sastera Melayu ialah Aminuddin Baki. Teks-teks yang dihasilkan, secara langsung atau tidak langsung, akan berhadapan dengan apresiasi dan kritikan khalayak. Kritikan sastera merupakan cabang epistemologi sastera, yang pada dasarnya terangkum ilmu sastera dan ilmu kritikan sastera. Manakala teori sastera merangkumi perbicaraan tentang konsep, prinsip dan hakikat sastera, termasuk analisis terhadap genre, pemikiran dan aliran yang terpancar dalam dunia teks-teks kreatif sastera.
Dewasa ini kritikan sastera telah diterima sebagai satu disiplin ilmu saintifik yang membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian terhadap sesebuah teks kreatif. Ia dikatakan sebagai satu ilmu kerana menggunakan pendekatan atau medotologi sewaktu membuat kritikan. Pertumbuhan dan perkembangan genre kritik, kebanyakan, dipengaruhi oleh perkembangan dan pegolakan politik, ekonomi, sosial, pendidikan serta dimensi-dimensi budaya yang lain. Kritikan satera dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu kritikan bercorak teoretis atau teoretikal dan kritikan bercorak praktis atau praktikal. Pendekatan sosiologi di Malaysia mula diaplikasikan oleh kritikus universiti yang mana mereka lebih cenderung melihat latar yang membangun karya, fungsi-fungsi sosial, kesan dan pengaruh karya terhadap masyarakat. Hal ini disebabkan implikasi daripada ajaran ilmu sosiologi yang dikuliahkan.
KESAN PENGGUNAAN PENDEKATAN PROSES DALAM KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN NARATIF BAHASA CINA DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI SEBUAH SEKOLAH DI KUCHING, SARAWAK
Oleh
Hii Yek Ming (IPG – KBL)
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan Pendekatan Proses dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan naratif Bahasa Cina dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina CHBK Kuching, Sarawak. Bertitik-tolak daripada ketetapan tersebut, kajian ini dijalankan dengan mempelbagaikan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam mengajar kemahiran menulis karangan naratif dengan menggunakan pendekatan proses. Kajian ini melibatiah 34 orang murid Tahun 5 di sekolah tersebut. Berdasarkan pendekatan proses, dua sesi pengajaran dan pembelajaran menulis karangan naratif telah dirancangkan untuk menambahbaik pencapaian penulisan kalangan murid-murid Tahun 5. Hasil kajian mendapati pendekatan proses membantu dalam membaiki karangan naratif Bahasa Cina peserta kajian.
Morfem ialah gabungan huruf membentuk suku kata dan gabungan suku kata. Ada morfem berstatus satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata dan seterusnya.
Morfem satu suku kata, pada lazimnya, tiada makna dan tidak difahami. Maka dipanggil morfem terikat. Contohnya, ‘ma,’ ‘mem,’ ‘ter’ dan sebagainya. Jika morfem satu suku kata ada makna yang boleh difahami, maka statusnya adalah morfem bebas. Contohnya, ‘yu,’ ‘had,’ ‘cat’ dan sebagainya.
Morfem yang lebih dua suku kata, pada lazimnya ada makna, maka dipanggil mofem bebas. Jika morfem dua suku kata atau lebih tidak mempunyai makna, tetap dinamakan sebagai morfem terikat. Contohnya, ‘memper,’ ‘diper’ dan sebagainya.
Untuk membebaskan morfem terikat, adalah perlu digadingkan dengan mana-mana perkataan yang sesuai atau kata dasar. Penggabungannya akan menghasilkan kata terbitan. Contoh,
Lari + -an = larian
Pe- + lari = pelari
Pe- + lari + -an = pelarian
Oleh sebab ada makna, morfem bebas ini juga bersamaan dengan perkataan. Perkataan sudah capai statusnya sebagai ada makna dan difahami. Morfem terikat pula dapatlah difahami sebagai imbuhan.