Oleh:
Mohd Ridzwan bin Che Harun,
Zaiazlina binti Zainuddin,
Nadia Nasuha binti Mohd Saidi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Mohd Ridzwan bin Che Harun,
Zaiazlina binti Zainuddin,
Nadia Nasuha binti Mohd Saidi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Kritik sastera di Malaysia diterima sebagai suatu genre yang penting, meskipun usianya relatif muda. Dari sudut hayatnya, kritikan sastera di Malaysia lahir lebih lewat daripada kemunculan teks sastera kreatif. Para pengkritik menganggap pelopor kritikan sastera Melayu ialah Aminuddin Baki. Teks-teks yang dihasilkan, secara langsung atau tidak langsung, akan berhadapan dengan apresiasi dan kritikan khalayak. Kritikan sastera merupakan cabang epistemologi sastera, yang pada dasarnya terangkum ilmu sastera dan ilmu kritikan sastera. Manakala teori sastera merangkumi perbicaraan tentang konsep, prinsip dan hakikat sastera, termasuk analisis terhadap genre, pemikiran dan aliran yang terpancar dalam dunia teks-teks kreatif sastera.
Dewasa ini kritikan sastera telah diterima sebagai satu disiplin ilmu saintifik yang membicarakan soal penghayatan, penganalisisan dan penilaian terhadap sesebuah teks kreatif. Ia dikatakan sebagai satu ilmu kerana menggunakan pendekatan atau medotologi sewaktu membuat kritikan. Pertumbuhan dan perkembangan genre kritik, kebanyakan, dipengaruhi oleh perkembangan dan pegolakan politik, ekonomi, sosial, pendidikan serta dimensi-dimensi budaya yang lain. Kritikan satera dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu kritikan bercorak teoretis atau teoretikal dan kritikan bercorak praktis atau praktikal. Pendekatan sosiologi di Malaysia mula diaplikasikan oleh kritikus universiti yang mana mereka lebih cenderung melihat latar yang membangun karya, fungsi-fungsi sosial, kesan dan pengaruh karya terhadap masyarakat. Hal ini disebabkan implikasi daripada ajaran ilmu sosiologi yang dikuliahkan.
DUNIA KRITIKAN SOSIOLOGI
Tidak dapat dinafikan bahawa hasil sastera memang mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat, terutama pembaca. Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan sebaliknya. Hubungan sastera dengan masyarakat adalah saling memerlukan. Sastera memerlukan masyarakat sebagai sumber cerita dan sekali gus pasaran cerita. Masyarakat pula memerlukan sastera sebagai bahan hiburan, alat komunikasi dan teladan peristiwa. Oleh sebab wujud hubungan erat itu, maka lahir pelbagai pandangan tentang pendekatan sosiologi.
1. Spencer (1820-1903). Spencer lebih terpengaruh terhadap sosiologi Amerika awal kerana Spencer menulis dalam bahasa Inggeris, sedangkan teoritisi lain tidak. Selain itu, ia menulis dalam pengertian nonteknis yang menyebabkan karyanya mudah diterima oleh khalayak yang lebih luas. Teorinya berfungsi untuk menerangkan kepada masyarakat yang sedang menjalani proses industrialisasi.
2. William Graham Sumner (1840-1910). Pada mulanya beliau berfahaman pemikiran survival of the fittest dalam memahami dunia sosial. Seperti Spencer, ia melihat manusia berjuang melawan lingkungan dan yang paling kuat akan dapat mempertahankan hidupnya. Sistem teoritis ini sesuai dengan perkembangan kapitalisme kerana menyediakan legitimasi teoritis bagi kekuasaan dan kekayaan yang ada.
3. Lester F. Ward (1841-1913). Beliau berpendapat bahawa sosiologi tidak hanya berfungsi untuk meneliti kehidupan sosial saja, tetapi juga menjadi ilmu terapan. Sosiologi terapan ini meliputi kesedaran yang menggunakan pengetahuan ilmiah untuk mencapai kehidupan masyarakat yang lebih baik.
4. Albion Small (1848-1926). Pelajar Jurusan Sosiologi Universiti Chicago tahun 1892 ini berpendapat sosiologi mengarah kepada pandangan yang memusatkan perhatian terhadap reformasi sosial. Pandangan ini digabungkan menekankan bahawa kritikan sosiologi harus bercorak ilmiah.
5. Charles Horton Cooley (1864-1929). Beliau mempelajari tentang aspek psikologi sosial dari kehidupan sosial. Cooley mengkaji tentang kesedaran. Antara hasilnya yang terkenal adalah konsep cermin diri (the looking glass self), yang menyatakan bahwa manusia memiliki kesedaran dan kesedaran itu terbentuk dalam interaksi sosial yang berlanjutan. Selain itu, Cooley menekani juga konsep kelompok primer, yakni kelompok yang ada hubungan antara anggotanya akan jadi sangat akrab. Dalam erti kata lain, mereka saling mengenali keperibadian masing-masing. Cooley menolak pandangan behavioristik tentang manusia, pandangan yang menyatakan manusia (individu) memberikan respon secara membabi buta dan tanpa kesedaran terhadap rangsangan dari luar. Mereka menyatakan sosiologi cuba menempatkan diri di tempat pelaku yang diteliti dengan menggunakan metode introspeksi simpatetik untuk menganalisis kesedaran itu. Sosiologi seharusnya memusatkan perhatian pada fenomena psikologi sosial seperti kesedaran, tindakan, dan interaksi.
Menjenguk Sastera dari Jendela Sosiologi
Telah dinyatakan bahawa kritikan sosiologi menganalisis perihal manusia yang terdapat dalam karya kesusasteraan. Untuk itu, tulisan ini berusaha menjenguk imej manusia yang terdapat dalam cerpen Suara Hantu hasil karya Nassury Ibrahim. Oleh sebab, skop sosiologi adalah luas, demi untuk mengelakkan timbul masalah yang rumit, maka skop kajian ini sengaja dikecilkan khusus kepada sikap masyarakat.
(a) Masyarakat yang mempercayai perkara tahyul
Cerpen Suara hantu karya Nassury Ibrahim memaparkan imej masyarakat yang mempercayai wujudnya Hantu. Terdapat beberapa kali pengarang menyatakan tentang masyarakat yang amat mempercayainya. Cerpen ini mengisahkan penduduk Kampung Che Lijah yang hidup dalam keadaan huru-hara disebabkan oleh bunyi suara yang dikatakan suara hantu dari arah bukit yang dapat didengari dengan jelas terutama pada waktu magrib. Suara ngeri yang dikatakan suara hantu itu telah menarik minat seluruh masyarakat di pelusuk negara. Ini juga menyebabkan Kampung Che Lijah menjadi tumpuan sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Masalah ini akhirnya diselesaikan oleh Tuk Pawang yang berjaya mengusir masyarakat hantu itu dari kampung mereka. Melalui teori sosiologi kami akan mengupas tentang kepecayaan masyarakat yang mempercayai perkara-perkaya tahyul yang cuba diterapkan oleh pengarang. Sebagai bukti bahawa masyarakat mempercayai kuasa hantu dapat diperhatikan dalam petikan di bawah.
Didatangi orang jauh dan orang dekat. Ada yang bejalan kaki, ada yang berbasikal , ada yang bermotosikal, berkereta, malah ada yang menyewa bas.
...
sehari dua hari , habis peta-peta itu dibeli orang. Ayah Su lukis lagi, dan habis lagi. Semua kerana suara itulah.
...
Didatangi orang surat khabar dan orang televisyen.
...
Asal petang sahaja berduyun-duyun orang berkampung di hadapan rumah Kak Kiah.
Petikan-petikan di atas jelas menunjukan pengarang cuba menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat amat berminat serta mempercayai kewujudan hantu sehingga sanggup berbelanja wang ringgit untuk melihatnya sendiri. Melalui petikan ini jelas menunjukan pengarang cuba menjelaskan bahawa bukan sahaja masyarakat kampung yang mempercayai kewujudan hantu, malahan masyarakat bandar juga mempercayainya.
Kritikan pengarang sangat tepat apabila dipadankan dengan perkembangan media cetak yang berada di pasaran kini. Terdapat pelbagai majalah dan akhbar yang memfokuskan tentang cerita misteri. Misalnya, majalah Misteri, Novel, Intisari, Mastika dan sebagainya. Malah, majalah Mastika keluaran Syarikat Utusan Melayu yang bersifat akademik telah menukarkan konsepnya, pada tahun 1990-an, kepada cerita-cerita misteri.
(b) Masyarakat yang oportunis
Selain itu, pengarang juga mendedahkan sikap oportunis sesetengah anggota masyarakat. Mereka suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Sikap tidak bertanggungjawab ini sepatutnya tiada dalam masyarakat Melayu yang dipercayai sangat kuat ikatan kemasyarakatannya. Hal ini dapat dibuktikan dalam petikan di bawah.
Ada orang kampung mengadu harta benda mereka hilang sejak orang asing berduyun-duyun masuk. Ada juga yang memberitahu terdapat bekas tapak kaki berselerakan di sebelah bilik anak dara mereka. Haji Daud pula hilang pisang setandan, entah siapa yang mengambilnya. Di kawasan sekitar rumah kak kiah lagilah. Habis tanaman rosak dipijak orang.
(c) Sikap Kerjasama
Pengarang juga menerapkan sikap kerjasama dalam kalangan masyarakat. Ada dua kategori makhluk dalam cerpen ini, iaitu makhluk manusia dan makhluk syaitan. Kedua-dua golongan makhluk itu mempunyai sikap kerjasama. Pengarang mendedahkan tentang masyarakat syaitan dengan menerangkan nama-nama etnik syaitan dan tugas mereka. Nama dan tugas syaitan itu terdapat dalam agama Islam sendiri.
Mula-mula Maswath masuk dahulu cucuk jarum bohongnya sampai ke hulu hati mangsanya, hingga mereka rasa gundah-gulana yang amat. Esoknya, apabila masing-masing gundah-gulana dan susah hati, Tsabar pula meniup api permusuhan hingga mangsanya bergaduh. Selepas itu, Dasim pula masuk menghasut hingga hati mereka tidak bersatu lagi.
Dalam petikan di atas terlihat peranan syaitan. Mereka berkerjasama erat untuk memecahbelahkan manusia. Dan, tindakan-tindakan mereka juga adalah konsisten dan berstrategi.
Sikap kerjasama kalangan manusia pula diperlihatkan melalui watak Tuk Penggawa dan Tuk Pawang yang berusaha menghalau hantu. Malah, ketika Kak Kiah dirasuk syaitan, wujud kerjasama para jiran menghalang Kak Kiah daripada menuju ke bukit.
(d) Percaya kepada bomoh / pawang
Pengarang juga mendedahkan sikap masyarakat yang mempercayai Tuk Pawang dan bergantung kepadanya. Mereka percaya bahawa hanya Tuk Pawang yang dapat menghalau syaitan dan hantu. Tiada langsung pelukisan sikap masyarakat di Kampung Che Lijah yang berusaha menghalau syaitan menggunakan pendekatan agama.
Atas usaha Tuk Penggawa, seorang pawang telah dibawa untuk menghalau hantu di kampung Che Lijah. Tuk Pawang melarang orang luar dan orang kampung berada di rumah atau berhampiran rumah Kak Kiah. Kata Tuk Pawang, dia tidak mahu jampi serapah dan usahanya bercakap dengan pemilik suara itu terganggu.
Pengarang berjaya menerapkan beberapa imej masyarakat dalam cerpen ini. Secara tidak langsung ia mengambarkan masalah dan imej sebenar masyarakat pada hari ini. Ia juga bertindak sebagai kritikan terhdap masyarakat supaya mengubah perbuatan yang boleh merosakan imej negara pada pandangan masyarakat luar.
Cerpen ini sangat bagus kerana dewasa ini semakin ramai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang amat merpercayai kewujudan hantu sehingga membawa kepada perkara khurafat. Sedangkan, ia hanya permainan syaitan yang cuba memusnahkan manusia. Melalui cerpen sebegini, ia dapat menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam masyarakat. Namun begitu, dalam cerpen ini juga terdapat beberapa perkara yang kami rasai tidak tepat. Perhatikan petikan di bawah.
Berita dari Tuk Penggawa dari Tuk Pawang bahawa Syaitan yang asyik mengerang, mengilai-ilai, ketawa, memanggil dan meminta tolong itu akan berpindah....
Sepatutnya watak Tuk Pawang itu ditukarkan dengan Ustaz atau Ulamak yang menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menghalau syaitan-syaitan yang menganggu manusia. Kami merasakan bahawa watak ustaz lebih sesuai kerana ia dapat mengelakan daripada kepercayaan khurafat dan terpesong akidah masyarakat terutama masyarakat Islam.
Rujukan
Mana Sikana, . Kritikan Sastera moden: Teori dan Pendekatan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ramlan Hamzah, 2005. Kemahiran Belajar untuk Persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan